Headlines News :
Home » » Lawatan TPM ke Ranau

Lawatan TPM ke Ranau

Written By Admin on Monday, 30 April 2012 | 04:38

PERASMIAN dua acara penting  yang  disempurnakan  Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin di SMK Ranau,  baru-baru ini merupakan satu lagi catatan sejarah bagi  rakyat Ranau khasnya  dan warga pendidik di Sabah  amnya.

Dua acara penting itu ialah, majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau dan Penyerahan Tapak Kampus Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan negeri Sabah.
SMK.Ranau yang terletak di puncak Bukit Kinabalu, 3 kilometer dari pekan Ranau dan  menelan kos RM39 juta itu, mula dibina seawal 2003 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2004 kemudian mula digunakan pada tahun 2005 dengan bilangan pelajar 170 orang  ditempatkan di 12 buah kelas iaitu  Tingkatan 1 (5 kelas), Tingkatan 2 (2 kelas) dan 5 kelas Tingkatan 4, di bawah bimbingan 8 orang guru.

Bilangan guru di sekolah itu kini, telah bertambah kepada 72 orang dengan bilangan murid seramai 834 orang telah mencatatkan pelbagai kejayaan serta peningkatan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum setiap tahun menerusi pelbagai program Peningkatan Akademik termasuklah Kelas Bimbingan Terancang, Ceramah Strategi Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan, Program Headcount, Target Diri, Program Skor ‘A’ , Mento Mentee, Kem Motivasi, Grammar Formula, Technique Of Writing, Kerja Rumah Terancang, Kilinik Mata Pelajaran dan banyak lagi.

Sesungguhnya pembinaan SMK Ranau, yang merupakan sekolah menengah ke-10 sebelum SMK.Al-Irsyadia Marakau, memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak (pelajar) di daerah terletak di kaki Gunung Kinabalu itu melanjutkan pelajaran menengah mereka untuk menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin agar menjadi insan memilki minda kelas pertama yang kelak berguna kepada kelurga, masyarakat, bangsa dan negara pada masa akan datang.

Manakala pembinaan IAB kampus Sabah dengan keluasan tapak kira-kira 43.73 ekar di Manggatal Kota Kinabalu, memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik meningkatkan kualiti kepimpinan menerusi pelbagai kursus dan program yang bakal diadakan kelak.
Muhyiddin dalam ucapan perasmiannya menjelaskan, pembinaan sekolah merupakan mercu tanda komitmen kerajaan Barisan Nasional dalam usaha meningkatkan keupayaan rakyat dalam soal pendidikan yang merupakan satu agenda penting negara.

Menurutnya, Sabah turut menikmati perkembangan system pendidikan yang lebih baik selepas zaman merdeka termasuk pembinaan IAB untuk warga pendidik Sabah.
“Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara  yang diaksanakan oleh Kerajaan BN telah Berjaya melahirkan modal insandan menyelasaikan masalah kemiskinan di kalangan rakyat khususnya di luar Bandar dan kerajaan juga Berjaya melengkapkan dasar pendidikan negara yang sempurna bagi melahirkan modal insan menjelang Malaysia menjadi Negara maju pada 2020”, jelasnya.

Menteri Pelajaran itu mendedahkan, pelbagai cabaran yang harus dipikul oleh semua pihak, terutama warga pendidik dalam meningkatkan kualiti pendidikan Negara sejajar dengan perkembangan prasarana pembangunan persekolahan yang disedikan kerajaan. Beliau mahu guru-guru yang mahir dalam mata pelajaran terentu hanya mengajar dalam mata pelajaran berkenaan manakala ibu bapa pula peru diberitahu bahawa system kurikulum yang disedikan adalah untuk melahirkan insan berilmu an berkualiti standing dengan Negara maju. “Para Pengetua dan Guru-Guru Besar juga perlu meningkatkan keupayaan kepimpinan di sekolah bagi memartabat pendidikan Negara”, katannya sambil merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan bakti serta pengorbanan warga pendidik di Negara ini.

Turut berucap ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk  Seri Musa Haji Aman dsaksikan lebih lima ribu penduduk termasuk beberapa orang Menteri Kebinet Negeri Sabah, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yussin, para Pegawai  IAB, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, para pemimpin masyarakat, para pemimpin pati-parti Komponen BN.

Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website