Pemberitahuan Dari Jabatan Kesihatan Ranau
Written By Admin on Tuesday, 10 April 2012 | 04:09
Makluman kepada semua penduduk kg. paka dua.
Jabatan Kesihatan mengesyorkan supaya semua penduduk menjaga kebersihan di kawasan rumah masing-masing atau pejabat,kedai dan juga bangunan pentadbiran untuk menghalang dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes terutamanya tempat takungan air. Jabatan kesihatan Ranau akan membuat pemantauan tanpa pemberitahuan dari masa ke semasa. Kompaun Rm500 boleh dikenakan sekiranya kawasan rumah yang diperiksa positif jentik-jentik pembawa demam denggi dan chikugunya.
Labels:
Kg. Paka Dua,
pakadua