|
UNTUK ALBUM ……Ahli rombongan penilai ADC daripada KPLB sempat merakam gambar kenangan bersama Jawatankuasa ADC dan sebahagian penduduk Kg.Paka Dua Ranau, sebelum rombongan bertolak ke Kota Belud. |
BAK kata pepatah, ‘Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat’, Kampung Paka Dua yang asanya hanya sebuah kampung yang kecil kini, telah bertukar wajah serta berkembang maju mengikut arus semasa hasil daripada keazaman, muafakat dan silaturrahim oleh seluruh penduduknya yang turut mendapat perhatian daripada kerajaan yang diterajui kepimpinan Barisan Nasional (BN).
Hasil daripada siasatan serta sumber rujukan lisan dan tlisan, didapati kampung Paka Dua mula diterokai sekitar tahun 1940-an (zaman sebelum merdeka) di mana antara orang penting yan terlibat dalam pengasasan kampung itu ialah Allahyaraham Nurudin Lumpukan, Allahyaraham O.T Sukardi Salleh, Allahyaraham Salihin Gunting, Allahyaraham Rijal Lingkidon dan Allahyaraham Samidin Kambaling.
Kebanyakan daripada golongan pengasas itu, berasal dari Kg.Sosondoton (sebuah perkampungan lama yang masih wujud letakkan beberapa kilometer selepas Kg. Bundu Tuhan Ranau) dan mereka ini mempunyai pertalian keluarga dan sahabat yang rapat. Mereka inilah yang telah mejadi penduduk generasi pertama di Kg.Paka Dua, yang sebelumnya kampung ini dikenali dengan nama ‘Kipaliu atau Kipaluu’ dalam bahasa Dusun bermaksud ‘ada anak sungai’ kerana terdapat dua anak sungai yang masih wujud dan masih boleh digunakan sehingga hari ini, namun tidak dapat dipastikan dari mana punca mata airnya kerana ia tidak bersambung dengan mana-mana sungai. Hanya dipercayai berpunca daripada kuasa mata air sungai Kipaliu membekalkan keperluan harian penduduk sekitar tahun 1940-an.
Selepas USNO (1963-selepas merdeka), memegang tampuk pemerintahan negeri Sabah, nama Kipaliu telah ditukarkan kepada nama Paka Dua dan didaftarkan sebagai nama rasminya. Nama ini dipilih kerena kebetulan suatu ketia dahulu kampung itu dipenuhi dengan tumbuhan lalang atau ‘Paka’ dalam bahasa Dusun, manakala Dua, merujuk kepada terdapatnya dua anak sungai di kampung berkenaan maka menjadi Kampung Paka Dua. Bagaimanapun, ada fakta tidak rasmi mengatakan Paka Dua adalah kesinambungan daripada wujudnya Kampung Paka Satu yang terletak berhampiran dengan Kg.Kibbas Ranau.
Kampung Paka Dua pernah terlibat dengan rancanan penggabungan tiga buah kampung iaitu Kg. Paka Dua, Kg. Lingkudau dan Kg. Matan (PALIMA), tetapi kemudiannya dibubarkan kerana menghadapi masalah pemilihan Ketua Kampung dan Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampun (JKKK) ketika itu.
Semua aktiviti pembangunan di Kampung Paka Dua ketika itu adalah di bawah pentadbiran JKKK dan Ketua Kampung yang dilantik. Jawatan Ketua Kampung yang pertama diamanahkan kepada Allahyaram Nurudin Lumpukan, disusuli Allahyaraham Sukardi Salleh dan KK Mutalib Janan sejak 1996 hingga hari ini, manakala Pengerusi JKKK bagi sesi terkini disandang oleh Mohd. Said Abdul Rahman.
Kini Kg.Paka Dua dengan slogannya ‘Bersatu Berbudaya Maju’ pesat membangun seperti juga kampung-kampung yang lain turut menikmati arus pembangunan infrastruktur seperti, Dewan Mini, Surau, bekalan lampu elektrik 24 jam, kemudahan bekalan air bersih, jalan raya berturap, Perpustakaan Desa, Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Dapur KEMAS dan Tabika serta kini mula memiliki keceriaan (landskap) yang menarik. Tidak hairanlah kampung ini dicalonkan bagi mewakili daerah Ranau, ke pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat negeri tahun ini.
Baru-baru ini Kg.Paka Dua, telah dilawati serombongan 16 orang ahli panel penilai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) negeri Sabah bagi menyaksi serta menilai sendiri 7 aspek utama berkaitan pertandingan ADC itu, termasuklah Kepimpinan, Pendidikan, Ekonomi, Kebersihan/Kesihatan, Kerohanian/Sivik dan Teknologi Maklumat (ICT).
Ketibaan rombongan Jawatankuasa Penilai yang diketuai Majaran Osman ke kampung itu, telah disambut mesra oleh reatusan penduduk diketuai Mohd.Said Abdul Rahman bersama KK.Mutalib Janan diserikan dengan paluan gong serta tarian Etnik ‘Sumazau’ oleh para belia dan beliawanis di kampung ini.
Rombongan kemudiannya dipelawa masuk ke Dewan ‘Pisompuruan’ kampung untuk meneruskan acara pementangan Profil Kampung, sesi dialog dan persembahan kebudayaan. Para ahli penilai berkesempatan meninjau kebersihan dan landskap perkampungan seterusnya, menyaksikan pameran dan pelbagai program serta dokumentasi Perpustakaan Desa, Bilik ICT dan Pejabat Pentadbiran Ketua Kampung dan Bilik Gerakan JKKK Kampung ini.
Majaran ketika ditemui memberitau, Kg.Paka Dua akan bersaing dengan 19 buah kampung lain (peserta) dari beberapa buah daerah di Sabah, yang merupakan salah satu program dan saranan kerajaan menerusi KPLB untuk memastikan tahap kemajuan di peringkat kampung-kampung di luar bandar seluruh negeri Sabah khasnya dan di Malaysia amnya.
“Progam murni ini, adalah salah satu inisiatif kerajaan menerusi KPLB untuk memantau pencapaian dan kecemerlangan sesebuah kampung di luar bandar terutama, dalam kemudahan bidang Kepimpinan dengan meletakkan nilaian sebanyak 20 peratus, Pendidikan (20 peratus), Ekonomi (20 peratus), Kebersihan/Kesihatan (10 peratus), Kerohanian/Sivik (10 peratus) dan Teknologi Maklumat/ICT (10 peratus)”, jelas Majaran sambil memaklumkan kampung-kampung lain yang terliat bersaing ialah Kg.Kinasaraban Kota Belud, Kg.Sumangkap Kudat, Kg.Malubang Pitas, Kg.Kenangan Manis Sandakan, Kg.Paris 1 Kinabatangan, Kg.Sunai Damit Tuaran, Kg.Kokol Kota KInabalu, Kg.Tombutuon Tambunan, Kg.Tudan Baru Keningau, Kg.Long Pasia Sipitang, Kg.Suasa Beaufort, K.Tempurong Kuala Penyu, Kg.Berundung Papar, Kg.Pasir Putih Putatan, Kg.Babagon Penampang, Kg.Telisai Lahad Datu, Kg.Kunak Jaya Kunak, Kg.Damai Sempurna dan Kg.Merotai Besar Tawau.
Menurut Majaran, penilaian atau pengadilan semua kampung terlibat akan berakhir pada 7 Julai depan, manakala keputusannya akan diumumkan kemudian.
|
Ketibaan rombongan Panel Pengadil daripada KPLB, dsambut oleh Kukuak Team dan paluan gong oleh penduduk. |
|
SELAMAT DATANG KE KAMPUNG PAKA DUA….Mohd.Said (dua kiri) bersama sebahagian Jawatankuasa ADC kampung itu. |
|
SAMBUTAN ….Ketibaan para pengadil ADC disambut dengan paluan gong penduduk. |
|
TARIAN SAMBUT TAMU …Ketibaan rombongan KPLB diketuai Majaran (kiri) diiringi Mohd.Said. |
|
TRADISI ….Tarian Sumazau oleh para belia menyerikan ketibaan rombongan pengadil ADC. |
|
Rombongan pengadil ADC semasa melihat pameran kraftangan oleh kaum ibu Kg.Paka Dua. |
|
Bunyian Tradisi, ‘Tengkungon’ dan ‘Bungakau’ dipersembahkan penduduk K.Paka Dua Ranau. |
|
Persembahan Koir ‘Kg.Paka Dua’ oleh para belia.
|
|
Mohd.Said Abdul Rahman ketika berucap mengalu-alaukan kedatangan rombongan para pengadil ADC daripada KPLB. |
|
SAMPAI AMANAT …Majaran Osman ketika berucap pada majlis itu. |
|
Puan Rosmaini Jumain mendahului pembentangan Profail Kampung. |
|
TANDA KENANGAN ….Mohd.Said (kanan) menyampakan cenderahati kepada Majaran Osman. |
|
Kecerian perumahan dan sepanjang jalan raya amat diutamakan penduduk Kg.Paka Dua.
|
|
Pelbagai lukisan pada batu-batan. |
|
Antara pemandangan sekitar Kg.Paka Dua Ranau |
|
KEMUDAHAN …Dewan Mini ‘Walai Pisumpuruan’ Kg.Paka Dua |
|
BERMUAFAKAT …Para petugas Perpustakaan Desa Kg.Paka Dua, turut menyambut ketibaan ahli panel penilai daripada KPLB. |