Headlines News :
Home » , » Malam Mesra Santai Pesta Kaamatan Blok ‘Osindak’ Kg.Paka Dua Ranau Meriah

Malam Mesra Santai Pesta Kaamatan Blok ‘Osindak’ Kg.Paka Dua Ranau Meriah

Written By Admin on Tuesday, 29 May 2012 | 22:47

Hamka berterima kasih kepada yang hadir

MAJLIS Malam Mesra Santai Pesta Kaamatan Blok ‘Osindak’ Kampung Paka Dua Ranau, meskipun  secara sederhana, namun amat meriah dan berwarna-warni didakan di perkarangan rumah kediaman salah seorang ahli blok ‘Osindak’,  Hamka Dol Haji Suhaili selaku pengelola majlis tersebut.

Lebih 100 orang  penduduk terdiri daripada ahli blok Osindak, sanak-saudara serta sahabat handai  keluarga Hamka, menghadii majls itu yang bermula seawal jam 7.00 malam, dengan berbagai acara melibatkan penyertaan  pelbagai peringkat usia iaitu kategori kanak-kanak, remaja dan  dewasa termasuk warga emas.

 Majlis bermula dengan ‘Bacaan Doa Selamat’ diikuti acara Memotong Kek bagi merai mereka yang dilahirkan bulan Mei, Pertandingan  Ratu “Unduk Ngadau’ kategori kanak-kanak, pengumuman Ibu Bapa Ceria, Gadis & Jejaka Ceria, Pertandingan Kilauan Emas ‘Sugandoi Kaamatan’ dan cabutan nama penonton bertuah serta persembahan kebudayaan berakhir kira-kira jam 12.30 malam.

Hamka Dol dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang hadir dan memaklumkan objektif utama majlis yang julungkali diadakan itu adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahin, permuafakatan serta perpaduan sedia terjalin dikalangan ahli keluarga Blok Osindak dan para penduduk Kg.Paka Dua seluruhnya.
COMEL ….antara peserta yang berentap Unduk Ngadau’ kanak-kanak
“Program seumpama ini, adalah difikirkan sesuai dianjurkan sebagai salah satu aktiviti kumpulan blok dengan melibatkan penduduk Kg.Paka Dua salah sebuah kampung yang tersenarai dalam  pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat negeri Sabah tahun ini”, jelas Hamka.

Sambil berterima kasih diatas kehadiran ramai penduduk, Hamka juga mewakili keluarganya, mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan bulan Mei, yang merupakan bulan bersejarah bukan sahaja  bagi suku kaum Kadazandusun dan Murut, malah melibatkan seluruh rakyat Malaysia turut  menggamit hati para pelancong dari dalam dan luar Negara.

‘Meskipun, majlis malam ini kita adakan secara sederhana, namun memberi kesan positif serta menjadi landasan kuntuk kita memperkukuhkan persaudaraan  sedia terjalin mantap dikalangan  kekeluargaan kita semua”Tambah Hamka.

Pada pertandingan Kilauan Emas ‘Sugandoi’ Kaamatan yang diadakan pada malam itu, menyaksikan kehebatan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Jusli Haji Zakaria yang mendedangkan lagu ‘Jatuh Cinta’ muncul juara bagi kateori lelaki disusuli Asmin Nasir (naib johan)  mendendangkan lagu ‘Gelisa’ manakala Hasnin dan Apar masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Peserta tunggal bagi kategori wanita, Puan Siti Wati Saman menjuarai kategori itu mendendangkan lagu ‘Si Dia’.

Pelajar Tingkatan 1, SMK.Datuk Padukan Mat Salleh, adik Nabiha Bte Jainudin diumumkan sebagai ‘Gadis Ceria’ pada malam itu manakala ‘Jejaka Ceria’ disandang oleh Ahmad Iskandar Nurazli. Bagi kategori ;Bapa Ceria’ diberikan kepada Sabli Jinggol dan ‘Ibu Ceria’ pula disandang oleh Puan Mary Kawit.
Bangga berpakaian Tradisional Kadazandusun.
Kekemasan pakaian tardisional suku kaum Dusun dan kepetahan serta kelancaran menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh juruacara majlis, mendapat perhatian pihak juri untuk meletakkan adik Nurzahirah Azwah Safrinah Bte Abdul Himad bagi menyandang gelaran ‘Ratu Unduk Ngadau’ kanak-kanak mengetepikan 10 peserta lain mengambil bahagian.

Semua pemenang gelaran dan johan, naib johan serta tempat  ketiga setiap acara yang dipertandingkan telah menerima hadiah berupa hamper, sumbangan keluarga Hamka Dol.
ADA BAKAT ….Apar Ishak turut menghaiburkankan penonton.

JUARA …. Puan Siti Wati Saman.

NAIB JOHAN …Asmin Nasir

JOHAN …Tuan Jusli Zakaria.

GADIS CERIA ….Nabiha.

JEJAKA CERIA …..Ahmad Iskandar (kanan) menerima hadiah disampaikan Apar.

1WAKIL …Isteri Sabli Jingol (Bapa Ceria) menerima 
hadiah hamper disampaikan 
Puan Yasidah Lasim (kanan) isteri Hamka Dol.

IBU CERIA …Mary Kawit (kanan) menerima hadiah disampaikan Yasidah.

     Sebahagian keluarga Hamka dan penduduk yang hadir.

        TAHNIAH …Hamka menyampaikan hadiah kepada Siti Wati.

KETUA JURI ….Abdul Himad (kiri) turut
 menerima cenderamata diamapaikan Hamka Dol.

    Antara ratusan penduduk Kg.Paka Dua yang hadir ke majlis tersebut.

       Para peserta Ratu Unduk Ngadau kategori kanak-kanak.

Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website