BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) yakin merekodkan sejuta pemegang kad debit menjelang akhir tahun berikutan trend penggunaannya semakin meningkat.
Pengarah Perniagaannya, Khairul Kamarudin berkata, setakat ini BIMB mempunyai 850,000 pemegang kad debit yang aktif menggunakan perkhidmatan itu.
“Sebelum ini orang ramai menggunakan kad kredit, bagaimanapun, trend itu berubah dan kad debit menjadi saluran popular untuk pelbagai transaksi termasuk pembelian dalam talian,” katanya selepas menyampaikan kunci kereta kepada pemenang Kempen Belanja dan Menang di Menara Bank Islam, di sini, semalam.
Khairul berkata, pihaknya sudah memulakan inisiatif awal dengan menjadikan cawangan Bank Islam seluruh negara sebagai tempat jualan utama kad selain mengadakan pelbagai kempen berkaitan.
Sumber: hMetro