Headlines News :
Home » , » Nira kelapa RM3,000 sebulan

Nira kelapa RM3,000 sebulan

Written By Admin on Sunday, 22 July 2012 | 02:09


PASIR PUTEH – Kehadiran Ramadan bukan sahaja memberi peluang kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan bagi mendapat ganjaran pahala tetapi bulan ini turut dianggap rahmat yang melimpahkan rezeki berlipat kali ganda.

Seorang petani, Mat Nor Ismail, 64, dari Kampung Gong Kulim dekat sini yang memegang falsafah itu terus mengerah kudratnya melakukan kerja-kerja memotong mayang kelapa bagi memperoleh nira manis untuk dijual sebagai juadah berbuka puasa.

Walaupun usianya sudah lanjut selain bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga kerana berpuasa, permintaan tinggi terhadap nira manis daripada pelanggan menjadikan Mat Nor semakin sibuk sehingga terpaksa memanjat purata 30 batang pokok kelapa sehari.

“Permintaan nira manis akan terus meningkat menjelang Aidilfitri apabila ramai anak perantauan yang kembali ke kampung halaman tidak melepaskan peluang untuk menikmati minuman tradisional ini,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut semalam.

Mat Nor berkata, pada bulan Ramadan tahun lalu dia berupaya meraih pendapatan sehingga RM3,000 sebulan, meningkat tiga kali ganda berbanding bulan-bulan lain.

Sumber: Kosmo
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website