Headlines News :
Home » , » Impian jadi kenyataan

Impian jadi kenyataan

Written By Admin on Saturday, 4 August 2012 | 16:26


KUALA LUMPUR: Kebanyakan orang mungkin memasang cita-cita untuk mengahwini gadis cun dan montok dari Brazil atau jejaka tampan dari Itali, tetapi ada rakyat Malaysia beragama Islam memiliki pasangan hidup dari negara berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Bukan saja dari dua negara terbabit, malah ada rakyat Malaysia berkahwin dengan gadis atau jejaka dari negara yang jarang dikunjungi orang seperti Comoros, American Samoa, Guinea dan Sierra Leone.

Ini berdasarkan statistik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dari 2009 hingga 2011 yang diperoleh Metro Ahad.

Statistik itu menunjukkan 1,166 individu mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidup daripada 48 negara berbeza. Jumlah itu pasti bertambah jika pendaftaran perkahwinan di jabatan agama Islam negeri lain turut diambil kira.

Apa menyebabkan mereka tertarik dengan pasangan luar negara? Ikuti kisah hidup tiga individu yang berkahwin dengan pasangan dari Russia, Iraq dan Tunisia.- Hmetro
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website