Headlines News :
Home » , , » Sejarah tercipta

Sejarah tercipta

Written By Admin on Saturday, 11 August 2012 | 04:29


KETIKA kebanyakan rakyat Malaysia masih enak dibuai mimpi pada jam 3 pagi semalam, Pandelela Rinong yang beraksi di Pusat Akuatik, menghadiahkan pingat gangsa untuk negara menerusi acara terjun 3m platform. Lebih manis, dia turut mencipta sejarah sebagai atlet pertama menghadiahkan pingat selain daripada badminton. Malah, dia juga menjadi atlet wanita pertama negara menang pingat di Olimpik sejak Melborne 1956. Ikuti luahan perasaannya selepas detik gemilangnya itu.

“SAYA bangun pagi ini dalam keadaan sakit-sakit badan. Tapi, lebih baik daripada semalam apabila saya bangun dalam keadaan tertekan memikirkan soal separuh akhir dan final.

Kini segala-galanya sudah berakhir dan saya berasa lega. London bagaikan kota bertuah buat saya. Pertama, saya diberi penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang di upacara pembukaan dan kedua dan yang lebih penting, saya menang pingat. Perasaan saya sangat gembira ketika ini walaupun pingat saya itu sekadar gangsa. Semua orang tahu betapa sukarnya untuk menang pingat di temasya besar seperti Sukan Olimpik ini. Gangsa ini bagaikan emas buat diri saya.

Saya juga berasa lega kerana dapat membantu Malaysia menang pingat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Saya tahu semua orang mengharapkan saya menang selepas beberapa rakan atlet saya gagal. Justeru, saya harap kejayaan saya ini akan membuka mata lebih ramai atlet, terutama wanita yang mereka sebenarnya berupaya melakukannya. Saya hanya pembuka jalan. Mungkin akan ada yang boleh melakukan lebih baik daripada saya.

Tapi, usaha ke arah pingat yang saya menang hari ini bukannya baru bermula se malam. Saya sudah membabitkan diri dalam sukan ini sejak berusia 8 tahun lagi. Ketika itu jurulatih negeri Sarawak, Wang Jin Lan dari China datang ke sekolah rendah saya di Bauk dan dia membuat beberapa ujian keanjalan bagi mengetahui sama ada saya sesuai untuk acara terjun. Sejak itu perjalanan dan pengorbanan hidup saya dalam sukan itu bermula. Demi sukan terjun juga saya menangguhkan dulu pembelajaran pra-Universiti saya semata-mata mahu menumpukan perhatian terhadap sukan ini. Itu antara pengorbanan yang terpaksa saya lakukan. Tapi, hari ini baru saya dapat rasakan yang pengorbanan itu berbaloi.

Jika anda tanya saya apa selepas ini, sebenarnya masih terlalu awal untuk berkata mengenai Rio 2016, Saya mungkin tak beraksi di Sukan Sea tahun depan. Kacang aje…(ketawa). Biarlah penerjun pelapis yang bertanding. Tapi Sukan Komanwel mungkin, kerana tahapnya masih tinggi walaupun tanpa penerjun China dan beberapa negara Eropah.

Duit ganjaran? Saya belum fikirkan lagi mengenainya. Belum pun dapat lagi…(Pandelela akan menerima ganjaran kerajaan bernilai RM100,000 kerana memenangi gangsa selain pencen RM2,000 seumur hidup, bermula bulan depan). Sekarang saya hanya mahu bercuti dan mungkin membeli belah sedikit sebelum pulang ke tanah air pada 14 Ogos ini.”-Hmetro
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website