|
Mesyuarat dipengerusikan oleh timbalan JKKK En. Asman |
Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 35 orang yang terdiri dari penduduk kampung Paka Dua, ahli jawatankuasa JKKK, Ketua-ketua blok serta wakil dari pihak KEMAS Pn. Mastura bagi membincangkan persediaan yang perlu dilakukan oleh penduduk kampung.
Antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kebersihan, keceriaan dan segala persiapan untuk menghadapi pertandingan Anugerah Desa Cemerlang peringkat Negeri Sabah. Jangkaan tarikh penilaian adalah sekitar 2-3mei ini. Semua ajk serta penduduk dijemput hadir bersama semasa penilaian tersebut.
Berkaitan dengan laman web dan juga fan page facebook, Timbalan JKKK menjelaskan bahawa RPJ (Rakan Paka Jaya) bukanlah penyampai rasmi dibawah JKKK Kampung paka Dua. Beliau menegaskan semua keputusan dan maklumat dari minit mesyuarat tidak boleh disiarkan kepada umum.
|
Penduduk memberikan tumpuan ketika mesyuarat |
|
Pn. Mastura memberikan penerangan berkaitan skop
kebersihan dan keceriaan |
|
Belia Unggul paka Dua juga tidak ketinggalan untuk turut sama |