CELCOM Axiata Berhad (Celcom) sebagai peneraju industri telekomunikasi tempatan melakar sejarah baru apabila menjadi penyedia perkhidmatan pertama memperkenalkan suara berdefinisi tinggi (HD).
Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, perkhidmatan itu adalah hasil daripada penambahbaikan di peringkat rangkaian yang membolehkan pengguna mendapat suara HD ketika berbual dan tidak kedengaran bunyi bising di sekeliling mereka.
“Perkhidmatan itu boleh dinikmati pelanggan kami dengan syarat mereka menggunakan telefon yang menyokong suara HD yang kini banyak di pasaran,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, semalam.- Sumber