Headlines News :
Home » , » Bincang maju 130 syarikat Bumiputera

Bincang maju 130 syarikat Bumiputera

Written By Admin on Saturday, 16 June 2012 | 00:32


UNIT Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) akan mengadakan pertemuan dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dalam masa terdekat bagi menyediakan rangka kerja yang mampu meningkatkan kemampuan Teraju membangunkan lebih ramai usahawan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau sendiri akan berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh untuk membincangkan perkembangan 130 syarikat Bumiputera yang sudah dikenal pasti di bawah program Teras.

“Kami mencari cara bagaimana untuk meningkatkan jumlah syarikat kepada lebih daripada 130 seiring dengan sasaran kami mencapai 1,000 syarikat Bumiputera,” katanya selepas menyampaikan taklimat Program Transformasi Ekonomi (ETP) kepada Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. -Sumber
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website