Headlines News :
Home » , , » Laman Web Jual Barang Palsu Disita

Laman Web Jual Barang Palsu Disita

Written By Admin on Thursday, 12 July 2012 | 23:31


WASHINGTON: Pihak berkuasa menyita 70 laman web yang disyaki menjual barangan palsu menggunakan jenama mewah seperti Louis Vuitton, Tiffany atau Burberry dan logo sukan seperti NFL dan MLB, kata polis semalam.

Penyitaan itu yang dibuat di bawah lima waran berasingan di mahkamah negara ini adalah tindakan terbaru Projek Copy Cat, usaha pejabat Jabatan Dalam Negeri Keselamatan Imigresen dan Kastam AS (ICE).

Pengarah ICE, John Morton memberitahu media rampasan terbaru itu, termasuk beberapa operasi canggih yang mereka laman web yang kelihatan hampir sama dengan laman web barangan asli.

“Ia adalah laman tiruan dengan usaha yang canggih untuk menirunya seperti laman yang asli.

“Ia bukan menawarkan orang ramai untuk membeli dengan harga murah, tetapi dengan harga penuh atau harga asal,” katanya. Sesetengah laman juga menggunakan sijil SSL (lapisan soket keselamatan) palsu yang mendorong pelanggan percaya kad kredit mereka dilindungi, kata pihak berkuasa. “Ia membolehkan mereka percaya maklumat kewangan mereka dilindungi tetapi logo itu juga palsu,” kata jurucakap ICE, Justin Cole. - AFP
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website