Headlines News :
Home » , , » Ducati Diavel CKD

Ducati Diavel CKD

Written By Admin on Thursday, 12 July 2012 | 23:26


KUMPULAN Syarikat Naza (Naza) menerusi anak syarikatnya, Next Bike Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal motosikal berkuasa tinggi, Ducati menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit dengan 80 peratus daripadanya disumbangkan oleh model Monster manakala 20 peratus daripada model Diavel tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata, pihaknya turut berhasrat mencapai sasaran 20 peratus penguasaan pasaran dalam segmen jualan keseluruhan motosikal premium di Malaysia tahun ini.

Beliau berkata, setakat ini model Ducati mencatatkan jualan 450 unit dengan model Diavel sudah terjual sebanyak 80 unit dan dijangkakan meningkat kepada 200 unit sehingga akhir tahun ini hasil pengenalan harga terbaru itu. “Selain itu, perkara paling utama ialah kita menawarkan harga yang murah kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki motosikal premium yang mana dulunya ia tidak mampu dimiliki kerana faktor harga.

“Model Ducati Diavel yang dipasang di negara ini (CKD) yang dijual pada RM109,888 seunit bagi model standard dan RM126,888 seunit untuk Diavel Carbon,” katanya pada majlis memperkenalkan harga baru Ducati Diavel dan lima pakej warna baru untuk model Monster 795, di Kuala Lumpur, semalam. Sebelum ini, model Ducati Diavel yang diimport sepenuhnya (CBU) dijual bermula pada harga RM139,888 hingga RM159,888 seunit ketika diperkenalkan di pasaran tempatan tahun lalu.

Pada majlis itu, Ducati turut memperkenalkan lima pakej warna menerusi konsep Monster Art yang boleh diubah suai mengikut cita rasa pengguna pada motosikal Monster 795. Ducati Monster 795 dengan Monster Art dijual pada harga RM61,900 dan versi spesifikasi lengkap RM65,900 termasuk tambahan sistem ekzos Termignoni.
Sumber: Metro
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website