Headlines News :
Home » » PM lancar kemudahan skim persaraan swasta

PM lancar kemudahan skim persaraan swasta

Written By Admin on Wednesday, 18 July 2012 | 22:39


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan penubuhan skim-skim persaraan swasta, satu langkah yang amat signifikan dalam menyediakan kemudahan tabungan kepada golongan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri selepas bersara kelak.

Set pertama skim-skim itu terdiri daripada 24 dana oleh beberapa penyedia skim persaraan swasta yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan tersedia untuk ditawarkan kepada orang ramai mulai September ini dan bulan-bulan seterusnya.

Skim persaraan swasta (PRS) ialah skim simpanan atau tabungan persaraan sukarela yang distrukturkan oleh para penyedia dana sektor swasta yang berlesen.

“PRS menawarkan peluang untuk rakyat. Dalam kes individu, PRS boleh menyediakan persekitaran untuk individu mengukuhkan dana persaraan bagi pergerakan kerjaya.

“Sementara untuk majikan, PRS boleh digunakan sebagai alat untuk mengekalkan dan menarik bakat,” kata Najib yang merupakan Menteri Kewangan ketika berucap melancarkan skim itu di sini.
Sumber: Kosmo
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website