SINGAPURA: Jumlah Kadar Kesuburan (TFR) di mana jumlah anak yang dilahirkan ketika tahun-tahun reproduktif wanita Singapura adalah 1.2 - lebih rendah daripada negara Eropah utara, yang mempunyai TFR antara 1.88 dan 1.89.
Ketika menjawab soalan apa yang boleh dipelajari oleh Singapura daripada negara itu dalam menggubal polisi populasi, Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean berkata di Parlimen, mereka mempunyai banyak langkah lain seperti sistem penjagaan kanak-kanak yang baik, memberi cuti lebih banyak dan sokongan kewangan untuk membesarkan anak yang semakin meningkat.
Penduduk di sana juga membayar cukai lebih tinggi, katanya. - Straits Times