Headlines News :
Home » , » Tipu sakit untuk kahwin percuma

Tipu sakit untuk kahwin percuma

Written By Admin on Tuesday, 31 July 2012 | 01:57


LONDON: Seorang pengantin perempuan ditangkap berhubung dakwaan dia menipu menghidap barah untuk meraih simpati orang ramai bagi membiayai majlis perkahwinannya yang menelan belanja EUR10,000 (RM50,000).

Danielle Howard, 22, mendapat sokongan chef selebriti, Gordon Ramsay ketika melancarkan kempen memungut derma secara online dengan mendakwa dia bertarung untuk terus hidup.

Kata rakannya, dia langsung tidak mengeluarkan wang ketika berkahwin dengan Chris, 28, apabila derma datang mencurah-curah.

Danielle ditangkap kerana disyaki menipu selepas perasaan syak semakin meningkat di kalangan penderma apabila wanita itu hamil ketika menjalani rawatan barah servikal.

Rakan-rakannya menganjurkan acara kutipan derma untuk Danielle dan menghubungi pengacara televisyen, Holly Willoughby dan Fearne untuk mendapatkan bantuan mereka.

Ramsay memberi sokongannya menerusi Twitter.

Jurugambar, Steve Hobart yang turut membantu menganjurkan beberapa acara berkata: “Kami bertungkus lumus untuk membantunya.”

Satu sumber pula berkata: “Sungguh tidak boleh dipercayai. Orang ramai menyedari ditipu dan mula bercakap mengenainya.”

Danielle berkahwin dengan Chris pada April di Billericay, Essex.

Rakaman video yang menelan belanja tinggi dibuat dan jamuan diadakan selepas lebih 1,500 orang menyertai kempen ‘Berjuang bersama-sama Danielle’ menerusi Facebook dan Twitter.

Beberapa minggu sebelum upacara perkahwinan itu, Danielle muncul dalam akhbar tempatan, merayu bantuan.

Menurutnya, dia ingin berkahwin sebelum rambutnya gugur akibat rawatan barah.

Polis berkata, siasatan masih dijalankan.- DM
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website