Headlines News :
Home » , , , » Maut direjam batu-batu akibat masalah meletak kereta

Maut direjam batu-batu akibat masalah meletak kereta

Written By Admin on Friday, 3 August 2012 | 07:59

MELAKA: Akibat pertelingkahan keluarga berpunca daripada masalah meletak kereta, seorang jurujual maut dalam satu pergaduhan membabitkan lebih 20 individu di sekitar Tanjung Kling, dekat sini.

Mangsa, Mohd Faizal Harun, 34, pada mulanya cedera parah di kepala selepas dibaling batu bata ketika pergaduhan kira-kira jam 5 petang 28 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.50 malam Selasa lalu.
Menurut sumber, pergaduhan itu berpunca apabila sebuah kereta terhalang ketika mahu keluar rumah, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan anggota keluarga yang tinggal bersebelahan.

“Pergaduhan antara dua keluarga itu bertambah buruk apabila rakan dan saudara lain turut campur tangan hingga membabitkan lebih 20 orang,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dalam pergaduhan itu pelbagai senjata digunakan termasuk kerambit, batu bata, besi, kayu dan pasu bunga hingga mengakibatkan beberapa yang lain cedera.- HMetro
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website