Headlines News :
Home » , , , » Program Merdeka-Raya Paka Dua 2012

Program Merdeka-Raya Paka Dua 2012

Written By Admin on Wednesday, 26 September 2012 | 02:53

Masidi ketika berucap merasmikan majlis ‘Tiga Dalam Satu’ di Kg.Paka Dua Ranau.

         RAKYAT di negeri ini disaran supaya menjadikan sesuatu majlis sama ada perayaan yang disambut di peringat kampung, daerah atau negeri dan kebangsaan sebagai satu landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta permuafakatan demi faedah bersama.

      Sesungguhnya perpaduan dan permuafakatan itu merupakan tonik utama mencapai  keharmonian serta keamanan berterusan, sekaligus memudahkan  kerajaan menyalurkan projek- projek pembangunan infrastruktur untuk faedah rakyat tanpa mengira  suku kaum, agama, budaya dan idologi  politik.

     Itulah sebenarnya harapan  serta saranan  yang sering dilaungkan para pemimpin setiap kali menemuai rakyat akar umbi, sama ada di kawasan pedalaman mahupun  kawasan pekan dan Bandar, semata-mata ingin melihat kesejahteraan, keharmonian dan permuafakatan penduduk dapat dinikmati  secara berterusan tanpa dibatasi perbezaan agama dan fahaman politik.
Asman Saman berucap mewakili penduduk Kg.Paka Dua.
          Seperti saranan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Bin Manjun ketika berucap pada majlis ‘Tiga Dalam Satu’ iaitu sambutan Raya-Merdeka, Majlis Kesyukuran Anugerah  Desa Cemerlang (ADC) dan Majlis  Kesyukuran kumpulan Jemaah Haji peringkat Kampung Paka Dua Ranau, di Dewan MIsompuru kampung itu Sabtu lepas.

          Masidi menjelaskan, untuk menganjur serta menjayakan  sesuatu majlis bukanlah suatu perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan sokongan dan kerjasama, malah mungkin sumbangan berupa  tenaga serta kewangan daripada para penduduk di sesebuah kampung.

         “Saya berasa bangga dengan komitmen  penduduk di kampung ini yang terus mengekalkan budaya tradisi ‘bermuafakat’ meskipun mungkin berlainan agama dan suku kaum, namun perpaduan tetap  utuh dan mantap”, jelas Masidi.

          Beliau seterusnya mahukan penduduk supaya memahami serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar-benarnya, bukan hanya dengan laungan keramat ‘Merdeka’ serta kibaran bendera  jalur gemilang, sebaliknya memerlukan tindakan individu agar  lebih berusaha untuk memerdekakan diri-sendiri, keluarga dan masyarakat ke arah mencapai tahap terbaik dalam bidang  ilmu pengetahuan menerusi pendidikan serta sosio-ekonomi yang lebih kukuh.

 “Syabas dan tahniah kepada kamung ini,  kerana berjaya meraih tempat ke-3 pertandingan  Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat negeri Sabah 2012. Kejayaan ini membuktikan ada kesepaduan serta permuafakatan jitu di kalangan penduduk  harus dikekal-teruskan”, kata Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.30 Karanaan.
TERIMA KASIH …Salah seorang pemenang pertandingan
 Kilauan Emas menerima hadiah disampaikan Masidi.
TOKOH MERDEKA ….. Haji Suratman Abdullah (dua kanan)
dan Lasim Tukang (tengah) mengabadikan kenangan bergambar
bersama Datuk Masidi (dua kiri), Aliuddin (kiri) dan Asman (kanan).
TAHNIAH ….Masidi menyampaikan hadiah kepada
Salmiah Yusof johan pertandingan Kilauan Emas peringkat Kg.Paka Dua 2012.
   Beliau seterusnya menyatakan kesediaannya untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi membiayai kos pembinaan ruang dapur Dewan Mini untuk kemudahan Kumpulan Wanita kampung itu mengendalikan aktiviti masakan dari masa ke semasa.

    “Saya akan teliti permohonan kaum wanita berhubung pembinaan ruang dapur dewan mini di sini, dan  akan mempertimbangkannya secepat mungkin jika masih ada baki peruntukan kewangan tahun ini……jika tidak dapat tahun ini, kita bawa ke awal tahun depan”, tambahnya.

     Masidi juga merakamkan ucapan tahniah kepada kumpulan Jemaah Haji yang bakal menunaikan ibadah Haji tahun dan mengharapkan supaya kumpulan itu sentiasa sihat walfaiat, selamat pergi dan kembali ke tanah air kelak.

   “Kita doakan mereka, moga  sentiasa sihat sepanjang berada di Tanah Suci, dan  mendapat Haji yang mabrur”, tambah Masidi.
JUARA ….Salmiah Yusuf ketika mendendangkan lagu
‘Alunan Biola’mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.
Antara ratusan penduduk yang hadir.
Turut berucap ialah, Timbalan Pengerusi JKKK Kg.Paka Dua, Asman Bin Saman sementara  bersama lebih 200 penduduk yang hadir ialah, Timbalan Ketua UMNO Ranau, Haji Jaimin Bin Samitah, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Ranau, Datuk Amisah Yassin, Pemimpin Kemajuan Rakyat N.30 Karanaan, Wahab Bin Rashman,  Pegawai KEMAS Daerah Ranau, Aliuddin Yassin dan Ketua Kampung Kg.Paka Dua, KK.Mutalib Janan.

   Pelbagai acara telah diadakan secara berperingkat sempena majlis  bertemakan ‘Janji Ditepati’ itu termasuklah, Pertandingan Mewarna dan Uji Minda kendalian Perpustakaan Desa Kg.Paka Dua,  Pertandingan Masakan,  Sukaneka dan Pertandingan Kilauan Emas yang juaranya diandang oleh Salmiah Binti Yusuf mendendangkan lagu ‘Alunan Biola’. Turut diumumkan ialah dua orang penerima Anugerah ‘Tokoh Merdeka’ peringkat Kampung Paka Dua  bagi tahun ini, yang masing-masing disandang oleh Haji Suratman Bin Abdullah 97, dan Lasim Tukang 78, semua anugerah dan hadiah telah disampaikan  Datuk Masidi. Oleh-JN
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website