Headlines News :
Home » , , , , » Pesta Kuih Bulan Persatuan Hakka Ranau Meriah

Pesta Kuih Bulan Persatuan Hakka Ranau Meriah

Written By Admin on Monday, 1 October 2012 | 08:24

Oleh-JN
SIMBOLIK ….Masidi bersama kenamaan yang lain memotong Kuih Bulan
secara beramai-ramai sebagai lambing perpaduan dan keharmonian.


PERAYAAN Pesta Kuih Bulan anjuran Persatuan Hakka daerah Ranau walaupun diadakan secara sederhana, namun amat meriah dan telah dapat menghimpunkan seluruh anggota keluarga  para ahli persatuan.

Majlis itu bermula seawal jam 7.30 malam dengan ketibaan Jawatankuasa tertinggi serta  para ahli  dan anggota keluarga persatuan yang kemudiannya bersedia untuk menyambut ketibaan  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun bersama rombongan.

Pengerusi Persatuan Hakka Daerah Ranau, yang juga Presiden Gabungan Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan selaku Pengerusi Jawatankuasa penganjur pesta itu, Datk Jimmy Tham Yuk Leong ketika ditemui memberitahu, PestaKuih Bulan merupakan satu perayaan penting bagi suku kaum Cina di seluruh dunia sama pentingnya dengan perayaan Tahun Baru Cina yang merupakan satu simbolk ‘Perhimpunan Keluarga’ memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli keluarga untuk bertemu dan berhimpun pada 15 Ogos , mengikut calendar Cina setiap tahun.

Masidi ketika berucap merasmikan Pesta Kuih Bulan Persatuan Hakka Ranau.
“Persatuan Hakka Ranau akan merayakan Pesta Kuih Bulan ini setiap tahun dengan tujuan  mengembangkan serta mengekalkan istiadat dan kepercayaan orang Tionghua dalam menerapkan nilai-nilai murni sekaligus memberi pendidikan serta menanamkan semangat hormat-menghormati dan kecintaan dikalangan keluarga”, jelas Jimmy.

Beliau mewakili  persatuan Hakka dan seluruh masyarakat Cina di daerah Ranau, merakamkan  penghargaan   dan terima kasih di atas kehadiran Datuk Masidi bagi menyempurnakan perasmian pesta tersebut.

“Kehadiran YB.Datuk ke majlis ini sebagai satu penghomatan terhadap masyarakat Tionghua di daerah ini”, kata Datuk Jimmy, dan memaklumkan yang kerajaan menerusi Datuk Masidi telah banyak membantu persatuan Hakka Ranau dalam pelbagai aspek termasuklah kelengkapan infrastruktur bangunan persatuan Hakka daerah, pagar, sistem perparitan dan gelanggang Bola Keranjang.
Jimmy Tham…mengalu-alukan kehadiran Datuk Masidi.
Sementara itu, Datuk Masidi dalam ucapannya memuji Persatuan Hakka daerah berkenaan, kerana Berjaya menganjurkan Pesta Kuih Bulan setiap tahun.

Masidi menyifatkan kejayaan mengelola program seumpamanya itu  sebagai satu bukti bahawa ahli-ahli persatuan itu mempunyai permuafakatan jitu untuk membudayakan satu kerjasama bersepadu dan cukup mantap.

Beliau yang juga ADUN Karanaan menyeru kepada masyarakat Cina dan Tionghua di daerah Ranau supaya menjadkan Pesta Kuih Bulan sebagai landasan kukuh untuk memupuk perpaduan secara berterusan sama-sama membangun bersama masyarakat lain tanpa mengira agama, budaya dan idologi politik.
Mesra….Masidi membisikkan sesuatu kepada para AJK Persatuan Hakka Ranau.
Diakhir ucapan, Masidi mengumumkan peruntukan RM10,000 untuk membiayai kos pelaksanaan aktiviti persatuan Hakka  di daerah berkenaan. Majis berakhir dengan upacara memotong Kuih Bulan disempurnakan Masidi, diiringi Datuk Jimmy, Pegawai Daerah Ranau, Faimin Bin Kamin, Ketua Wanita UMNO Ranau, Datuk Amisah Yassin dan para  AJK Tertinggi Persatuan Hakka serta  para tetamu yang lain.
Datuk Masidi (tiga kiri) bersama Datu Jimmy, Faimin Kamin dan
Datuk Amisah pada majlis Pesta Kuih Bulan itu.

Turut diadakan sempena majlis tersebut iala Cabutan Nama Ahli Keluarga Bertuah menerima hadiah berupa hamper sayuran segar dan wang tunai.
SEDAP …Inilah bentuk Kuih Bulan sembolik  kepada  Pesta Kuih Bulan.
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website