LAHAD DATU:
Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh
dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini kelmarin.
Panglima
Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara
pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.
“Seorang
anggota keselamatan gugur,” katanya.
Zulkifeli
berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada
7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan
keselamatan dan berlaku pertempuran.
Sehingga
kini, sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu
manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.
Zulkifeli
berkata, Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman
penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai
Nyamuk, Kampung Tanjung Batu.-Utusan Borneo