PROGRAM
lawatan Perdana Menteri, Dato’Seri Najib Tun Abd.Razak ke Ranau kelmarin,
sesungguhnya memberi motivasi dan sokongan kuat rakyat terhadap kerajaan
Barisan Nasional (BN) untuk merealisasikan konsep 1Malaysia sekaligus
memantapkan usaha kerajaan mengekalkan keharmonian masyarakat, keamanan, kedaulatan, ekonomi serta kestabilan politik negara secara mapan.
Ketibaan
Perdana Menteri ke Dewan Masyarakat Ranau, seawal jam 2.00 petang telah
disambut meriah oleh labih 5,000 penduduk pelbagai lapisan masyarakat
termasuk para calon BN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kawasan
Ranau, iaitu calon Parlimen, Datuk Dr.Ewon Ebin, calon DUN Kundasang, Datuk
Dr.Joachim Gunsalam, calon DUN Karanaan, Datuk Masidi Bin Manjun dan calon DUN
Paginatan, Datuk Siringan A.Gubat. Manakala turut bersama rombongan Perdana
Menteri ialah Ketua Menteri Sabah Dati Seri Musa Haji Aman.
Perdana
Menteri dalam ucapannya menyeru rakyat
supaya tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis pihak pembangkang yang
hanya pandai menabur 1001 janji namun pada hakikatnya tidak ada kemampuan untuk
merealisasikannya.
“Jangan
mudah terpedaya dengan pelbagai janji manis yang sengaja ditaburkan pihak
pembangkang kerana ia hanya suatu helah meraih simpati rakyat supaya menyokong
perjuangan politik sempit mereka yang
umpama ‘Tin Kosong’ yakni suara lantang dan kuat tetapi sebenarnya mereka iri
hati terhadap kejayaan barisan pemimpin kerajaan BN mentadbir negara yang kita cintai ini”,
jelas Najib sambil mengumumkan pembinaan jalan raya merantasi 3 daerah sejauh
82 kilometer merentasi 3 buah daerah ituKiulu, Tambaruli dan Ranau yang merpakan jalan raya baru
menelan kos kira-kira RM350-400 juta.
Sempena
majlis itu Najib menerima 150 borang keahlian daripada pembangkang menyertai
Barisan Nasional (BN) diketuai Masnoddin Ettir daripada PKR.