SEPERTI
juga di tempat lain, daerah Ranau juga khususnya di tempat-tempat strategik
sepanjang tepi jalan dan di kawasan pekan terus berseri dengan ‘Perang
Poster’ banting dan wajah-wajah calon
parti bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bekal menjelang
pada 5 Mei depan.
Tinjauan
penulis ke pekan Ranau kelmrain, mendapati sebaik sahaja selesai penamaan
calon serta merta para petugas poster setiap parti yang bertanding
berebut-rebut memasang poster, banting dan papan-papan yang terlekat
wajah-wajah calon yang bakal bertanding.
Di
dapati hanya poster Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PKR) yang hebat
bersaing hampir menguasai segenap ruang sudut strategik kawasan pekan dihias seri dengan poster dan yang lainnya di
pasang di atas pokok dan sudut-sudut bangunan.
Apapun,
para petugas memasang poster adalah dinasihatkan supaya tidak memasang banting
atau poster di tempat-tempat yang boleh menghalang pandangan para pengguna jalan raya kerana ia bakal
mengundang kemalangan bila mana pemandangan terhalang dengan kibaran poster
pilihan raya.
Para
petugas memasang poster pilihan raya juga dinasihatkan supaya tidak memasang
poster di dinding bangunan premis perniagaan.