PROSES Penamaan Calon Palimen Ranau termasuk di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Masyarakat Ranau Sabtu lepas telah
berjalan lancar dan teratur tanpa sebarang inseden yang tidak diingini berlaku.
Ketibaan para calon yang bertanding ke pusat penamaan calon seawal jam 9.00 pagi, sementara ratusan penyokong
mereka berhimpun di luar perkarangan pusat penamaan calon setia menunggu pengumuman rasmi daripada
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Tuan Haji Faimin Bin Kamin yang juga Pegawai
Daerah Ranau.
Calon bagi Parlimen 179,
menyaksikan empat penjuru antara, Datuk Dr.Ewon Ebin (BN), Jonatham Bin Yasin (PKR), Juliana Binti
Situn @Widya Julia (STAR) dan Yazid Bin Sahjinan (Bebas).
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang pula menyaksikan enam
penjuru, iaitu Datuk Dr.Joachim Gunsalam (BN) ditentang oleh Jain Sauting
(STAR), Sam Hondou (Bebas), Cleftus Stephen Spine (Bebas), Satiol Bin Indart
(PKR) dan Japiril Bin Suhaimin (SAPP).
Kawasan DUN Karanaan menyaksikan
empat penjuru iaitu, Datuk Haji Masidi Bin Manjun (BN) akan dtentang oleh
Jalibin Bin Paidi (STAR), Muhiddin @ Mohd.Anas Bin Yusin (PKR) dan Mat Jaili Bin
Samat (Bebas). Sementara DUN Paginatan calon BN Datuk Siringan A.Gubat akan
ditentang oleh calon PKR, Ambru Abd.Kadir, Yazid Bin Sahjinan (Bebas) dan
Feddrin Bin Tuliang (STAR).
Selepas pengumuman rasmi nama-nama mereka yang bertanding, para
calon telah diberi taklimat khas oleh Ketua Polis Daerah (IPD) Ranau,
DSP.Abd.Rahman Kassim berhubung peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang
perlu dipatuhi oleh semua calon parti yang bertanding.