Headlines News :
Home » » 1 Malaysia Pad

1 Malaysia Pad

Written By Admin on Friday, 25 May 2012 | 04:55


MALTECH Pro Sdn Bhd (MalTech Pro), muncul sebagai pengeluar peranti mudah alih tablet pertama buatan Malaysia bersaiz tujuh inci dikenali sebagai 1Malaysia Pad yang boleh diperoleh pada harga mampu milik iaitu RM999 seunit.

Pengerusi Eksekutif MalTech Pro, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tablet itu dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh sensitif mempunyai aplikasi tambahan yang direka khusus mesra penggguna serta bercirikan identiti 1Malaysia seperti 1Malaysia Club dan 1Malaysia Mesengger (1MM), sekali gus membolehkan pengguna mengakses komunikasi dua hala komuniti 1Malaysia.

“1MM juga memberi peluang kepada komuniti ini berhubung melalui teks, rakaman suara dan rakaman video secara percuma sesuai untuk generasi muda masa kini,” katanya pada majlis pra pelancaran 1Malaysia Pad oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zaffry Sulaiman dan Pengarah Urusan, Adam Leow.

Sohaimi berkata, bagi fasa pertama MalTech Pro sudah memasarkan sebanyak 5,000 unit tablet berkenaan dan masih giat melantik ejen untuk tujuan itu dengan sasaran kira-kira 100 ejen namun buat sementara waktu, pembelian hanya boleh dibuat menerusi laman web www.maltechpro.com.

Beliau berkata, pihaknya bersedia mengubah suai aplikasi dalam tablet mudah alih itu dengan perisian aplikasi canggih diterbitkan atas platform android OS dan teknologi perkakasan dimiliki Spice CSL International bagi memenuhi permintaan pengguna. Sebagai usaha memperluaskan penggunaan peranti itu katanya, MalTech Pro akan bekerjasama dengan kementerian untuk menawarkan diskaun kepada penuntut universiti yang memegang kad diskaun siswa bagi membolehkan mereka mendapatkan tablet itu pada harga lebih rendah.

“Peranti ini setanding dengan jenama antarabangsa di pasaran ketika ini dan saya percaya ia boleh membantu membangunkan sistem komunikasi negara dengan menggalakkan komunikasi efektif antara rakyat,” katanya.
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website