Mesyuarat Post Mortem Untuk Semua Program Kampung
Written By Admin on Thursday, 24 May 2012 | 05:25
Mesyuarat kali ini adalah lebih membincangkan mengenai program-program yang telah dilaksanakan. Seramai 40 orang penduduk telah menghadiri mesyuarat tersebut dari golongan tua mahupun golongan muda. Kehadiran terdiri daripada Ketua Kampung, Pengerusi Jkkk, Timb. Peng. Jkkk, Setiausaha dan juga semua ketua-ketua blok.
Antara agenda yang dibincangkan adalah dari segi aspek kelemahan pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan juga Majlis Penilaian Anugerah Desa Cemerlang. Hampir seluruh penduduk menyuarakan pendapat mengenai kelemahan dan juga kekurangan pada majlis tersebut. Pengerusi Jkkk mengambil perhatian penuh terhadap semua pendapat yang diberikan dan beliau menyeru kepada semua agar pada majlis yang akan datang segala kelemahan dan kekurangan tidak lagi berulang.
Mesyuarat yang bermula pada jam 845 malam mengambil masa selama 2 jam dan berakhir pada jam 1045 malam. Komitmen yang telah ditunjukan oleh semua penduduk menambahkan lagi permuafakatan dan juga mengeratkan lagi talian silaturrahim.
Labels:
Kg. Paka Dua,
pakadua