Headlines News :
Home » » Gaji ICT Dunjur Naik 9%

Gaji ICT Dunjur Naik 9%

Written By Admin on Wednesday, 23 May 2012 | 10:12


PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) menerusi tinjauan pasaran pekerjaan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan mengunjurkan purata peningkatan gaji sehingga sembilan peratus bagi profesional ICT kepada RM6,845 sebulan didorong oleh pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Tahun lalu, gaji profesional ICT meningkat purata 10.9 peratus kepada RM6,280 berbanding RM5,626 sebulan pada tahun sebelumnya dan peningkatan itu disokong permintaan tinggi tenaga kerja dalam bidang terbabit. Pengerusinya, Woon Tai Hai berkata, situasi perkembangan industri ICT tempatan jelas dapat dilihat dengan sejumlah 365,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada 2005 dan meningkat kepada 529,000 tahun lalu. Katanya, peningkatan permintaan tenaga kerja profesional ICT mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada graduan bidang berkenaan.

“Industri ICT tempatan semakin berkembang dengan baik apabila terdapat banyak program pembangunan dilaksanakan kerajaan,” katanya pada majlis memperkenalkan buku ICT Job Market Outlook In Malaysia April 2012 di Kuala Lumpur. Sumber
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website