‘PURALAN” Ibu kucing tetap punyai kasih sayang dan melayan sama rata dengan menyusukan kedua-dua anaknya meskipun satu daripadanya adalah spesis tikus. |
Kucing yang pertama kali beranak itu dikatakan melahirkan anaknya di sebuah stor (pondok) pada 7Jun lalu, mengejutkan keluarga Malik apabila salah satu daripada dua anak kucing itu adalah seekor tikus.
“Kami menyedarinya, setelah terlihat ibu kucing itu berulang-alik (dua kali) menggunggung anaknya untuk berpindah tempat daripada pondok kami terkejut melihat salah satu yang dipindahkannya itu rupa-rupanya seekor tikus menimbulkan tanda tanya dan perasaan hairan dikalangan kami sekeluarga”, jelas isteri Malik, Anifah Binti Unggau di Kampung Marakau, Ranau.
ADIK-BERADIK…Si tikus dan si kucing tetap bersama. |
“Biasanya tikus merupakan menu dan makanan utama semua jenis kucing tetapi lain ceritanya dengan kucing kami ini, belum pernah berlaku”, kata Anifah masih kehairnan.
Memerhati dan merakam gambar beberapa pergerakan mesra anak kucing bersama adiknya tikus itu yang kini masing-masing berusia 15 hari pada hari ini (21 Jun). Kasih sayang ibu kucing bernama ‘Puralan’ itu melayan (menyusukan) kedua-dua anaknya sambil membelai dan menjilat-jilat seluruh badan anak-anaknya itu.
KEKENYANGAN…Kedua-duanya tidur berehat. |
Bertambah menarik lagi, selepas kenyang menyusu keduanya (si kucing dan si tikus), seolah-olah bergurau-senda, begitu mesra bersama-sama menyaksikan si tikus menggigit-gigit telinga, mulut dan bahagian kepala serta ekor si kucing kekadang si tikus cuba memasukkan muncung mulutnya ke dalam mulut si kucing amat menarik sekali menampakkan sifat yang anak haiwan berlainan spesis itu adalah adik-beradik.
Keluarga Malik memalihara lebih 10 ekor kucing bebas berkeliaran dalam rumah mereka dan beberapa ekor arnab ditempatkannya di dalam reban khas di luar rumah.
Ditanya sama ada kucing beranak tikus itu akan djualnya, Anifah memberitahu yang pihaknya tidak menjual kucingnya itu, sebaliknya ia dijadikan satu koleksi kucing peliharaan, malah dijadikan satu catatan sejarah bagi keluarganya.
Ada pengunjung masing-masing menghulurkan sumbangan ikhlas berupa wang untuk tabung membiayai kos makanan kucing milik keluarga Malik khususnya ibu kucing yang beranak tikus tersebut.
Anifah mewakili keluarganya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para pengunjung, kerana memberikan sumbangan ikhlas dan mengharapkan kucingnya yang beranak tikus itu kelak, akan membawah tuah serta rezeki kepada keluarganya.
Bagaimanapun belum ada kesempatan bagi menemu-bual pihak Jabatan Haiwan atau agensi berkaitan, untuk mendapatkan komen berhubung kucing yang yang didakwa beranak tikus itu.
TETAP MESRA MESKIPUN BERLAINAN SPESIS …Si tikus mungkin membisikkan sesuatu di telinga abangnya si kucing. |
‘KITA TETAP BERSAUDARA’ …..Mungkin itulah perasaan kedua-dua haiwan berlainan spesis ini yang dirakam semasa mereka tidur nyenyak menjelang tengahari. |
GELAGAT…Si tikus cuba memasukkan muncungnya ke dalam mulut si kucing. |