Headlines News :
Home » , » Tekun Beri Pinjaman RM200 Juta Kepada Usahawan Kecil Bagi Lima Bulan Pertama Tahun Ini.

Tekun Beri Pinjaman RM200 Juta Kepada Usahawan Kecil Bagi Lima Bulan Pertama Tahun Ini.

Written By Admin on Saturday, 16 June 2012 | 05:02


Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengeluarkan pinjaman sebanyak RM200 juta kepada 14,338 ushawan di seluruh Negara sepanjang lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datu Abdul Rahim Hassan berkata tahun ini kerajaan menyalurkan dana sebanyak RM300 juta bagi membantu lebih ramai usahawan kecil menerima pinjaman perniagaan.

“Dari tahun 1998 sehingga kini, keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh Tekun Nasional kepada 215,608 usahawan berjumlah RM2.11 nilion,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan usahawan Tekun bersama Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Adbul Rahim berkata sebanyak 896 usahawan kecil di seluruh negeri Perak menikmati pinjaman sebanyak RM13 juta sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Ketika ditanya mengenai bayaran balik pinjaman, beliau berkata Tekun Nasioanl Berjaya mengumpul RM1.3 bilion bayaran balik daripada RM2.2 bilion pinjaman yang diagihkannya sehingga bulan lepas. BERNAMA
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website