Apple iPhone
5 menggunakan cip yang dibekalkan Qualcomm, Avago dan Skyworks Solutions,
menurut sebuah firma pembaikan peranti mudah alih, iFixit, yang sudah membuka
sebuah peranti terbaru itu. iPhone terkini yang mula dijual di Australia
mempunyai skrin empat inci dan lebih nipis serta ringan. iPhone 5 menyokong
rangkaian 4G yang lebih pantas menggunakan cip dibekalkan Qualcom. Peranti itu
juga ditampilkan dengan beberapa ciri terkini termasuk bantuan peta yang
dibangunkan Apple sendiri.
Telefon
pintar terbaru itu juga menggunakan pemproses A6 yang dikatakan dua kali lebih
laju berbanding generasi sebelumnya. Apple membeli pemproses mudah alih
daripada Samsung, bagaimanapun hubungan kedua-dua syarikat agak meruncing
berikutan kes mahkamah berhubung tuntutan pelanggaran paten baru-baru ini.
iPhone 5
mempunyai tiga pembesar suara, kamera 8-megapixel yang boleh mengambil gambar
panorama dan bateri yang boleh bertahan hingga lapan jam.
INFO: iPhone
5
− Guna cip
dibekalkan Qualcomm, Avago dan Skyworks Solutions
− Skrin 4
inci, lebih nipis serta ringan − Menggunakan pemproses A6
− Mempunyai
tiga pembesar suara, kamera 8 megapixel
− Boleh
mengambil gambar panorama