Oleh Jainudin Nasir
Sebelas
buah premis (gerai makan) di pekan Ranau dan empat lagi di Pekan Kundasang
telah diarah supaya ditutup buat sementara kerana tahap kebersihannya tidak
mematuhi garis panduan seperti yang ditetapkan
Kementerian Kesihatan.
Dalam
operasi pemeriksaan bersepadu yang dijalankan Pejabat Kesihatan Ranau dan pihak
Penguat-Kuasa Majlis Daerah Ranau (MDR)
selama tiga hari (8-10 OKtober) itu melibatkan 50 buah premis di pekan Ranau
dan 23 buah di pekan Kundasang, mendapati kebanyakan para pemilik premis yang
diarah ditutup itu tidak mematuhi pelbagai siri kebersihan termasuklah,
keberihan ruang dapur, penyimpanan bahan mentah, kebersihan penyediaan makanan,
pekerja premis tidak memilik kad pemeriksaan kesihatan terutama suntikan
typhoid, berkuku panjang, tidak berpakaian kemas dan gagal menyediakan tahap kebersihan
tandas.
Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Unit Kesihatan Dan Kualiti Makanan
Pejabat Kesihatan Daerah Ranau, Saimin Bin Wahaman bersama Pegawai Eksekuitif
MDR, Jupirin Haji Ruhimin ketika ditemui memberitahu, operasi bersepadu itu
merupakan antara usaha murni kedua-dua agensi berkenaan sebagai menyahut seruan
kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat
Kesihatan mempastikan kebersihan semua
premis atau gerai makan di seluruh negara termasuk di Sabah berada ditahap yang terbaik.
“Program
Pengredan Premis makanan seumpama ini, di daerah Ranau dan Kundasang difikirkan
wajar secara berterusan, memandangkan
kedua-dua kawasan ini merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia”, kata
Saimin yang juga ‘Turun Padang’ menyertai program tersebut.
Sebahagian panorama pekan Ranau menempatkan lebih 50 buah restoran. |
Menurut
Saimin para pemilik premis yang diarah supaya ditutup itu berkuat-kuasa
serta-merta sehingga tempuh 14 hari dan kegagalan untuk mematuhi peraturan
seperti yang kehendaki, boleh dikenakan tindakan kompaun tertakluk kepada akta
makanan 1985.
“Bagaimanapun,
jika para pengusaha premis yang diarah tutup itu, dapat memperbaiki
kelemahan/kekurangan yang ada, dalam tempuh 14 hari maka kita akan
membenarkan mereka membuka semuala premis”, jelas Saimin sambil
membayangkan operasi yang sama akan dijalankan melibatkan semua pusat
penginapan atau resort dan Homestay
(Enam Desa) di kawasan Ranau dan Kundasang, bagi mempastikan tahap kebersihan
persekitaran terutama ruang dapur atau premis di tempat tumpuan pelancong sentiasa bersih.
Saimin
menjelaskan, operasi bersepadu dengan MDR itu bukanlah bertujuan untuk
menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya lebih menjurus kepada memberi kesedaran
kepada para pengusaha terlibat supaya sentiasa menjaga kebersihan premis
masing-masing secara berterusan.
“Mereka
perlu sedar tentang keperluan kebersihan persekitaran premis mereka terutama
bahagian dapur dan peralatan yang digunakan, untuk mengelakkan sebarang bentuk
keracunan makanan melibatkan orang awam atau pelanggan”, kata Saimin.
Saimin (kanan) bertanyakan sesuatu kepada salah
seorang pengusaha premis makanan (kiri), diperhatikan para kaktangan penguat-kuasa dari pejabat Kesihatan dan MDR |
Sementara
itu, Jupirin pula mengingatkan orang ramai supaya memberi kerjasama kepada PBT
untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan
keindahan pekan Ranau, memandangkan pekan itu adalah pekan persinggahan
dan lokasi peranginan menarik bukan sahaja
para pengunjung tempatan malah pelancong luar negara.