Headlines News :
Home » , , , , » Kumpulan ‘Zunnur Hiqmah’ Dari Kundasang Juara

Kumpulan ‘Zunnur Hiqmah’ Dari Kundasang Juara

Written By Admin on Saturday, 20 October 2012 | 19:47


LAGU ‘Islam Dit Otopot Waya Do Kolomos’ (Islam Jalan Yang Benar Dan Mulia), membawa tuah kepada kumpulan Zunnur Hiqmah dari Kg.Sinisian Kundasang, untuk muncul juara keseluruhan Pertandingan  Nasyid Dusun peringkat negeri Sabah yang berlangsung di Pentas Budaya pekan Kundasang Sabtu lepas.

Kumpulan Zunnur Hiqmah pimpinan Asmiah Jinin @ Madais dan diketuai Kartika Lukiman mendendangkan lagu  ‘Islam Dit Otopot Waya Do Kolomos’  (Islam Yang Benar Jalan Mulia) menampilkan tiga orang penyanyi solo iaitu, Kartika Lukiman, Sabrinah Sail dan Asmiah JInin.
 TERIMA KASIH KEPADA YB.DATUK MASIDI …..Suatin Mayor semasa berucap mewakili Jawatankuasa pengelola.
Dengan kemenangan itu, Zunnur Hiqmah menerima sebuah piala pusingan, sebuah piala iringan berserta wang tunai RM5,000 sekaligus akan mewakili negeri Sabah ke Pertandingan Nasyid Etnik Malaysia  di Semenanjung  pada 29 November depan.
Kumpulan Zunnur Hiqmah Ketika Membuat Persembahan
Naib johan yang juga meraih hadiah kategori  Persembahan dan Lirik Terbaik disandang oleh  Kumpulan Mawar Hidayah dari Keningau mendendangkan lagu ‘Langad’ (Rindu), menetengahkan dua orang penyanyi solonya,  Cik Nurul Izzati Binti Yuhimin dan Cik Shahindah Adibah Binti Sharin.  Lagu dan lirik kumpulan itu adalah ciptaan Maslianah Binti Haji Mohd.Shom, menerima hadiah  sebuah piala iringan berserta wang tunai  RM3,000.
Kumpulan Soutul Mursyid  dari Kg.Desa Aman Kundasang pimpinan Jufilin Gaddius @ Mohd.Yazid Abdullah mendendangkan lagu ‘Potonduli Koingkakatan’ (Kembalikan Kegemilangan) ciptaan  Patrinick @ Mohd.Shahlil Madais, menerima sebuah piala iringan bersama wang tunai RM2,000.

Enam kumpulan lain mengambil bahagian menerima hadiah saguhati wang tunai RM500  (setiap kumpulan) ialah, kumpulan  ‘One Hidayah’ dari Papar, mendendangkan lagu ‘Ralan Katapatan” (Jalan Yang Benar), Kumpulan ‘Zihan’dari Ranau dengan lagu mereka ‘Soroho Limo’ (Ingatkan Lima), kumpulan ‘Nur Sa’adah’ dari Sook Keningau mengetengahkan lagu ‘Kalimah Toyyibah’,  kumpulan ‘Soutul  Hikmah’ dari Kota Marudu dengan lagu ‘Al-Quran Tunod Kabantulungan Kondiri’, kumpulan ‘Muslimah Danna Wanita Cergas’ dari Kg.Dumpiring Atas Kundasang mempersembahkan lagu ‘Binabang Koposion’ (Cahaya Kehidupan)  dan kumpulan ‘Al-Wardhah’ dari Kota Belud mendendangkan lagu ‘Islam Ugama Do Piupusan’ (Islam Agama Kesayangan).

Semua hadiah telah disampaikan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis penangguhan pertandingan  Nasyid Dusun yang  julungkalinya diadakan itu.

Masidi dalam ucapannya melahirkan perasaan bangga kerana buat julungkalinya lagu-lagu dakwah (nasyid) dalam Bahasa Dusun dapat diketengahkan dan menyifatkannya sebagai satu perkembangan positif yang perlu diteruskan dan wajar diberi sokongan.
Beliau  menyifatkan pertandingan nasyid Dusun itu  sebagai satu elemen penting bukan sahaja  wadah mengetengahkan lagu-lagu dakwah dalam bahasa Dusun malah  mampu memupuk perpaduan dikalangan penduduk setempat.


Masidi menyeru masyarakat  Islam  terutama  suku kaum Dusun, supaya terus berusaha mempertingkatkan kefahaman agama dan tahap ekonomi keluarga masing-masing  untuk mencapai kehidupan lebih sempurna.
 
“Saya menyarankan kepada suku kaum Dusun yang cukup terkenal dengan budaya ‘rajin  bekerja’ itu, supaya merubah minda memikirkan kepentingan pendidikan agama dan peningkatan ekonomi keluarga disamping memperkasakan dakwah melalui lagu-lagu nasyid sebagai satu tanggungjawab mulia”, jelas Masidi sambil mengajak masyarakat Islam Dusun  supaya terus  bangun,  maju  dan berjaya  setanding dengan kaum lain.

Masidi yang juga ADUN Karanaan juga, menyeru masyarakat Dusun (Islam), supaya mengikis sikap benci-membenci, budaya fitnah-memfitnah dan perasaan  ‘Hasad Dengki ‘ kerana ia merugikan mereka. 
“Inilah antara penyakit yang masih menular dan membelengu segelintir orang kita, yang akhirnya  memberi kesan yang amat merugikan kaum kita sendiri”, tegas Masidi.



Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa bersama pengelola pertandingan itu,Suatin Mayor dalam ucapan alu-luannya, memohon bantuan kepakaran dan kemahiran daripada individu Islam khususnya para pemimpin kumpulan nasyid yang mengambil bahagian supaya menghimpunkan lagu-lagu yang dipersembahankan  itu  dijadikan satu koleksi untuk dialbiumkan sebagai rujukan dan simpanan pihak  jawatankuasa penganjur.

Sambil merakamkan ucapan  penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Masidi menghadiri seterusnya merasmikan penangguhan pertandingan itu, Suatin juga menghargai sokongan, kerjasama padu dan penyertaan  daripada semua kumpulan.

“Bagi saya, kemenangan menyandang gelaran  juara sesuatu pertandingan lagu-lagu dakwah, bukanlah satu ukuran atau kemestian untuk dibanggakan, sebaliknya penyertaan dan kehadiran adalah  aspek utama  serta bernilai tinggi”, kata Suatin sambil mencadangkan  supaya pertandingan seumpama itu dijadikan acara tahunan.

Pertandingan yang merupakan satu catatan sejarah bagi masyarakat Dusun beragama Islam, anjuran bersama JHEAINS, Masjid Jamek Kundasang dan UMNO Ranau dan Lembaga Kebdayaan Sabah itu, didaksikan ribuan penduduk  pelbagai lapisan masyarakat. Antara kenamaan yang turut hadir ialah, mantan ADUN Kundasang, Datuk Mynoor Ginggor, Ketua Wanita UMNO Ranau, Datuk Amisah Yassin, Timbalan Ketua UMNO Ranau yang juga Naib Pengerusu Lembaga Kebudayaan Sabah, Jaimin Bin Samitah, Ustaz Saifuddin Bin Haji Daud mewakili Pengarah Jheains Sabah, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) N.30 Karanaan, Wahab Rashman dan Penolong Pegawai Tadbir Jheains Ranau, Ustaz Haji Rauf Bin Abbas dan para ketua kontinjen mengambil bahagian.
~Oleh Jainudin Nasir~
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website