HIDUP
PM …..Antara ribuan
rakyat menyambut ketibaan
Najib (berselendang) dan rombongannya ke pekan
Kundasang.
|
Sambil
berterima kasih di atas kehadiran lebih 3,000 penduduk Kundasang itu, beliau menyifatkannya
sebagai suatu petanda, isyarat dan bukti
bahawa rakyat di kawasan berkenaan tetap memberi sokongan dan kerjasama
padu terhadap kepimpinan kerajaan yang
diterajui Barisan Nasional (BN).
“Saya amat gembira dan berterima kasih di atas kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan menyambut ketibaan saya dan rombongan, untuk menemui rakyat di
sini dan mengharapkan agar terus bersama saya untuk menyokong serta memantapkan
lagi perjuangan serta kepimpinan kerajaan sedia ada bagi membolehkan kita
meneruskan komitmen memajukan rakyat khususnya membangunkan negeri Sabah
termasuk kawasan Kundasang ini”, jelas Najib dalam ucapan ‘Sepatah Katanya’
sebelum bertolak ke daerah Kudat pada pagi itu.
Masidi (kiri)
memperkenalkan kepada Najib salah satu makanan tradisi suku
kaum Dusun yang
dipamerkan di Gerai JKKK Kampung Cinta Mata Kunasang.
|
Hadir
sama ialah, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Timbalan Ketua
Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan,
Ali Parlimen Ranau, Datuk Siingan A.Gubat, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan
Alam Sekitar yang juga ADUN Karanaan, Datuk Masidi Manjun, Menteri Pembangunan
Luar Bandar selaku ADUN Paginatan, Datuk Dr.Ewon Ebin, ADUN Kundasang, Datuk
Dr.Joachim Gunsalam bersama Ratusan
Ketua dan Kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, para
pemimpin akar umbi parti-parti komponen BN Kundasang dan Ranau.
TRADISI….Najib bersama para kaum ibu mencuba bakat menumbuk padi
menggunakan lesung kayu dan ‘Teeolu’ salah satu kaedah suku kaum
Dusun untuk mendapatkan beras.
|
Najib semasa berucap ‘Sepatah Kata’ sempena
kunjungan mesra ke pekan Kundasang.
|
Sempena
Kunjungan Mesra itu, Najib berkesempatan
mengunjungi lebih 10 buah Gerai Tani Jawatankuasa Kemajuan Dan
Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung (KK) Mukim Kundasang, yang
dipertandingkan sempena Pesta Kubis Sabah kali ke-13, berlangsung selama dua
hari (13-14 Oktober) di perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang.
Seawal
jam 7.00 pagi Najib telah menyempurnakan pelepasan para peserta Climbathon
Antarabangsa Gunung KInabalu edisi ke-26, melibatkan lebih 660 peserta.
~Oleh Jainudin Nasir~