LOS ANGELES:
Satu tembakan dilepaskan ke arah pejabat kempen Presiden Barack Obama di
Colorado, barat Amerika semalam menggegarkan cermin tingkap tetapi tiada siapa
tercedera, kata polis.
Petugas
kempen berada dalam pejabat berkenaan ketika kejadian pada waktu tengah hari
itu. “Hanya satu tembakan dilepaskan ke arah pejabat itu,” kata jurucakap polis
Denver, Raquel Lopez sebagaimana dipetik daripada laporan akhbar The Denver
Post.
Foto yang
dimuat naik Denver Wesword menunjukkan cermin tingkap yang pecah di bahagian
depan pejabat itu. Polis masih menyiasat mengenai kejadian itu. - AFP