CATATAN
SEJARAH ……Dr.Maximus
menandatangani pluk perasmian Stesen Meteorologi Ranau diperhatikan para jemputan yang lain.
|
KEWUJUDAN Pejabat
Meteorologi yang baru di Jalan Marakau dekat Kampung Sinarut
terletak 1 kilometer dari pekan Ranau, amat penting bagi membolehkan Jabatan
Meteorologi memantau dan menentukan corak cuaca serta fenomena di kawasan
pertanian yang berbukit di negeri ini.
Dengan penubuhan
pejabat baru itu, jabatan berkenaan kini mempunyai stesen di
pedalaman dan kawasan tanah tinggi Sabah
serta berupaya memperluaskan rangkaian meterorologi untuk ramalan cuaca yang
lebih tepat.
RASMI
…..Maximus
memotong reben simbolik perasmian Pejabat Meteorologi keenam di Ranau.
|
Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili dalam ucapannya
merasmikan pejabat itu baru-baru ini, memberitahu yang pejabat terletak di
Ranau itu, bukan sahaja mengeluarkan ramalan cuaca bagi daerah Ranau tetapi
turut meliputi daerah Kota Marudu (Utara), Kota Belud (Timur Laut), Tuaran
(Barat), Tambunan (Barat Daya), Keningau (Selatan), Tongod (Tenggara) dan
Beluran (Timur).
“Untuk meningkatkan
ketepatan ramalan cuaca, kita juga perlu memantau cuaca dan iklim di kawasan
tanah tinggi bagi membolehkan kita
memahami corak cuaca di Ranau serta mengenalpasti perubahan yang disebabkan
aktiviti pertanian berskala besar di kawasan tanah tinggi”, jelas Dr.Maximus
sambil memaklumkan stesen pencerapan di Pejabat Meteorologi di Ranau itu dilengkapi
dengan peralatan ‘Strong Motion’ yang digunakan untuk mengesan gemba bumi di Ranau
dan kawasan sekitarnya selain stesen
sedia ada di Lembah Danum.
SUMBANGAN
…..Maximus
(kanan) menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada salah
seorang penerima.
|
Salah seorang lagi penerima
sumbangan daripada Jabatan Meteorologi disamapaikan Maximus.
|
Menurutnya, stesen ‘Strong Motion’ adalah kritikal kerana
gempa bumi dan tanah runtuh kebiasaannya berlaku di sepanjang garisan sesar
yang aktif iaitu di Mensaban, Crocker, Tabin dan Lobou-Lobou yang terletak di
Ranau dan Kundasang.
Dr.Maximus berkata, kajian
oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
yang dijalankan antara 2008 dan 2010 di Mensaban dan Lobou-Lobou yang
menggunakan teknologi ‘Global Navigation
Satellite System’, menunjukkan berlakunya pergerakan bumi berukuran antara
beberapa millimeter hingga empat empat sentimeter.
Ahli Astronomi PUSKAL Ranau,
Dr.Mustapha Nasir (kiri) menerangkan sesuatu kepada Dr.Maxmus.
|
Satu kajian yang telah
dijalankan berkaitan dengan pergerakan bumi katanya, memerlukan pemerhatian dan
kajian yang leih lanjut iaitu selama lima tahun untuk mengenalpasti sama ada
pergerakan yang berlaku itu berpunca daripada sesar aktif atau disebabkan oleh
pergerakan permukaan tanah.
“Pergerakan bumi yang
disebabkan oleh garis sesar yang aktif boleh mengakibatkan peningkatan dalam
kekerapan gempa bumi sederhana manakala pergerakan permukaan boleh menyebabkan
tanah runtuh. Kajian menyeluruh membolehkan kita menentukan tebatan yang sesuai
dan langkah-langkah kawalan untuk mengurangkan kesan gempa bumi kepada aktiviti
dan penduduk yang tinggal di kawasan Ranau dan Kundasang”, jelas Dr.Maximus.
TERSERGAM
INDAH
…Bangunan stesen/pejabat Meteorologi
Ranau, menelan kos RM3.58 juta.
|
SELESA …Kuuarters kakitangan Stesen
Meteorologi Ranau.
|
Menurutnya lagi, stesen
Meteorologi di Ranau itu juga berperanan untuk meningkatkan kesedaran awam
mengenai peranan cuaca kepada kehidupan seharian dan bleh mengeluarkan data
cuaca yang lebih mudah difahami kepada orang ramai termasuklah maklumat yang
membolehkan pihak berkaitan menjalankan kajian bagi tujuan pertanian serta
penternakan di daerah berkenaan.
Pejabat Meteorologi itu yang
turut dilengkapi kuarters untuk kakitangan
menelan belanja sebanyak RM3.58 juta dan merupakan stesen keenam di
Sabah selepas Kota Kinabalu, Sandakan,
Tawau, Keningau dan Kudat.
“Di bawah Rancangan Malaysia
Ke -9, 14 buah pejabat/stesen meteorology baru telah dibina dan tujuh yang
sedia ada telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM35.1 juta dan daripada
jumlah tersebut, RM10.6 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stesen Tawau
dan membina tiga pejabat baru di Keningau, Kudat dan Ranau”,tambah Dr.Maximus.
Turut diadakan sempena majls
itu, ialah penyampaian sumbangan daripada Jabatan Meteorologi berupa barangan
keperluan harian kepada 30 orang penduduk
kurang berkemampuan (miskin) disampaikan Dr.Maximus disaksikan Timbalan
Ketua Pengarah (Ramalan), Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Binti Ismail,
Mantan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dato’Dr.Yap Kok Seng,
Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari,
Pengarah Pejabat Meteorologi Kota KInabalu,Abd.Malik Tussin, Pegawai Daerah
Ranau, Haji Faimin Bin Kamin, Ketua Stesen Pejabat Meteorologi Ranau, Josenin
Dumin bersam Ketua-Ketua/Kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri &Persekutuan
dan ratusan penduduk yang hadir diserikan dengan persembahan koir daripada
Kumpulan Koir Jabatan Meteorologi Sabah
pimpinan Melania Christianus mendendangkan tiga buah lagu iaitu, ‘1 Malaysia’, ‘I Am For You’ dan ‘Meteorologi
Cemerlang’. Oleh-JN