Headlines News :
Home » , , , , » Program Karnival ‘Jelajah Sihat’

Program Karnival ‘Jelajah Sihat’

Written By Admin on Tuesday, 2 October 2012 | 16:00


KARNIVAL Jelajah Sihat’  meliputi semua program kesihatan, Pergigian, Pembedahan &  Sambutan Hari Jantung Sedunia yang berlangsung selama dua hari (29-30 September) di padang SK.St,Benedict Ranau, mampu menggalak serta mendidik masyarakat supaya membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Program itu sekaligus  meningkatkan kefahaman serta membina kemahiran seterusnya menterjemah pengetahuan tentang amalan hidup kumpulan sasar (orang ramai) berhubung aspek-aspek kesihatan yang releven.
Sebahagian orang ramai yang hadir ke Karnival Jelajah Sihat itu.
Sebanyak 30 gerai pameran disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat pilihan yang sesuai mengikut keperluan kasihatan masing-masing termasuklah, Pameran & Saringan Kesihatan, Pameran & Rawatan Gigi, Permainan Interaktif Kesihatan, Saringan & Pembedahan  yang semuanya disediakan secara percuma.

Turut diadakan ialah acara Berjalan 10,000 Langkah, Senaman Seni, Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-Kanak sekolah rendah, Pertandingan Melukis kategori sekolah menengah, Pertandingan Tarian Terbuka dan Demonstrasi Masakan Makanan Sihat, dan Masakan Menu Sihat diserikan dengan persembahan Adira AF-9 bersama pemenang tempat ketiga pertandingan ‘Kilauan Emas’ peringkat kebangsaan 2012, Jumat Ramli.
Sebahagian lagi gerai yang ada.
Deretan gerai menyediakan pelbagai maklumat kesihatan kepada orang ramai.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam ucapannya menyifatkan program Karnival Jelajah Sihat itu sebagai positif dan amat penting selaras dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia mempastikan rakyat Negara ini mengecapi tahap kesihatan yang terbaik bukan sahaja penduduk kawasan bandar tetapi juga mereka yang  tinggal di kawasan pedalaman.

“Program seperti ini, tentunya dapat menggalakkan rakyat mengamalkan cara hidup sihat sesuai dengan Visi Kesihatan iaitu, ‘Satu Negara Malaysia Yang Sihat Bekerjasama Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik’”, jelas Masidi.

Teks ucapan beliau telah disampaikan Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bahagian Pentadbiran, Bernard Kimin dihadiri lebih 2,000  penduduk  dari pelbagai lapisan masyarakat.
Menyerikan suasana karnival…..persembahan oleh Jumat Ramli
mendendangkan lagu ‘Rindu Bayangan’
 ADIRA AF9….Mendendangkan lagu “Ombak Rindu’ mendapat
tepukan gemuruh  ribuan penonton.
Menurut Masidi, Kementerian Kesihatan telah dan akan terus melaksanakan pelbagai program sama ada di peringkat komuniti, premis-premis kerajaan, di institusi pengajian  serta sekolah-sekolah bagi memberi kesedaran serta motivasi supaya membudayakan gaya hidup sihat sekali gus melahirkan masyarakat Malaysia yang ‘Celik Kesihatan’ iaitu individu masyarakat yang berpengetahuan serta berkemahiran membudayakan  amalan kesihatan sepanjang hayat.

“Karnival Jelajah Sihat yang diadakan sebanyak 88 kali di seluruh negara ini, melibatkan masyarakat setempat secara langsung termasuk para pesakit yang memerlukan rawatan akan terus dirawat, malah golongan kurang berkemampuan juga diberi wang saku untuk keperluan makanan dan tempat tinggal. Pakar-pakar pembedahan dijemput dan ditugaskan untuk memberikan perkhidmatan secara terus dan percuma, tenaga professional, agensi kerajaan, swasta dan NGO juga turut bersama turun padang bagi menyelami masalah rakyat dan mendahulukan kepentingan mereka”, tegasnya.

Masidi yang juga ADUN Karanaan menjelaskan, kematian akibat Penyakit Tidak Berjangkit seperti kardiovaskular iaitu, penyakit jantung, kanser, diabetes serta penyakit respiratori yang kronik harus dielakkan kerana ia boleh menyebabkan penderitaan kepada anggota keluarga kerana kehilangan punca pendapatan malah kehilangan kepada produktiviti negara.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia kata Masidi, terdapat 2.6 juta rakyat dewasa di Negara ini mengidap penyakit diabetes, 5.8 juta mengidap hipertensi, 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi  dan 2.5 juta rakyat adalah gemuk.

“Hal ini amat merunsingkan   kerana ramai di kalangan  kita yang tidak sedar mempunyai penyakit-penyakit ‘pembunuh senyap’ini”, katanya sambil mengajak orang ramai supaya memanfaatkan sebaik mungkin program ‘Jelajah Sihat’ itu untuk membuat pemeriksaan kesihatan agar slogan ‘Sihat Sepanjang Hayat’ dapat direaslisasikan.

“Marilah kita sama-sama mengamalkan pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti fizikal sepanjang hayat bagi  mengekalkan berat badan unggul”, tambah Masidi.

Turut berucap ialah, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr.Jamail Muhi, yang membaca teks ucapan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr.Mohd.Yusof Bin Haji Ibrahim.

Dr.Mohd.Yusof dalam teks ucapannya antara lain, menjelaskan program Karnival ‘Jelajah Sihat’ itu dilaksanakan di 7 lokasi di Sabah dengan mengetengahkan berbagai aktiviti promosi termasuklah, Promosi Makan Secara Sihat, Aktiviti Fizikal, Minda Sihat, Tak Nak Merokok, Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pencegahan dan Kawalan Denggi, Pencegahan HIV/AIDS, Pencegahan Kanser Serviks dan Pencegahan Penyakit Tibi serta Pameran Interaktif.

“Apa yang lebih membanggakan kita, carnival ini telah Berjaya melaksanakan Pembedahan Pterygium bagi 11 orang, Pembedahan Katarak (7 orang pesakit), Filling dan Scaling (50 orang), Denture atau gigi palsu (30 orang), Pemeriksaan & Cabutan Gigi untuk seramai lebih kurang 1,000 orang dan semuanya diberi secara percuma dan dilakukan semata-mata untuk mengurangkan masa menunggu serta mengurangkan bebanan masyarakat luar Bandar. Elaun tambang dan penginapan percuma kepada keluarga dan pesakit yang menerima rawatan sepanjang carnival ini juga disediakan”, jelas Dr.Mohd.Yusof.

Hadir sama pada majlis perasmian penutupan itu ialah, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran merangkap Pengerusi Penganjur, Dr.Koay Teng Khoon, Pengarah Hospital Ranau selaku Pengerusi Bersama, Dr.Ominor Kalsum Binti Brahim, Pegawai Pergigian Kawasan Kota Belud Dr.Zaiton Haji Tahir, Wakil Panglima 5 Briged Angkatan Tentera Malaysia, Kpt.Dr.Amir, Timbalan Pengarah Pergigian Negeri Sabah, Dr.Zulkifli Salleh. Oleh-JN
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website