Headlines News :
Home » , , , » Pesta Durian Peringkat Daerah Ranau 2012

Pesta Durian Peringkat Daerah Ranau 2012

Written By Admin on Thursday, 6 December 2012 | 09:09


RANAU …..Ada dua acara menarik berlangsung di Ranau sepanjang bulan Disember ini, iaitu Program Perarakan Kebudayaan ‘Sunduan Do Nunuk Ragang’ pada 15 Disember di pekan Ranau bermula 7.00 malam dan Satu lagi ialah, Pesta Durian peringkat daerah yang akan diadakan di Tapak Tamu Bulanan Daerah itu pada 22-23 Disember bermula 7.00 pagi.
Pegawai Daerah Ranau, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk penganjur Pesta Durian kali ke-2 itu, Haji Faimin Bin Kamin memberitahu, pelbagai acara bakal di adakan sepanjang dua hari pesta berkenaan, termasuklah pameran dan jualan pelbagai jenis dan gred buah durian, pertandingan makan buah durian, pertadingan makan buah manggis, pertandingan Gerai Terbaik, pertandingan gerai buah-buahan tidak bermusim dan gerai buah-buahan bermusim, acara terbuka  Makan Durian sepuashati (Masuk Bayar Dan Makan), pameran Buah Durian Terbesar, Buah Durian Klon Terbaik, acara Lelongan Buah Durian dan banyak lagi, akan diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh para artis tempatan bersama artis-artis dari Lembaga Pelancongan & Kebudayaan Negeri Sabah.

“Jawatankuasa  penganjur akan menyediakan beberapa buah gerai khusus menempatkan para petani pekebun durian di daerah ini, bagi memberi ruang kepada mereka untuk mempamer dan menjual buah-buahan terutama buah durian, hasil kraftangan tempatan dan produk pertanian lain”, jelas Faimin ketika ditemui selepas mempengerusikan satu mesyuarat Jawatankuasa penganjur di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Ranau baru-baru ini.

Menurut Faimin, perasmian pesta bertemakan ‘Durian Ranau Nombor Satu’ itu akan disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah yang juga ADUN N.30 Karanaan, Datuk Haji Masidi Bin Manjun.

Sempena pesta itu katanya, akan diadakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang pelbagai acara pertandingan, manakala acara kemuncaknya ialah penyampaian Anugerah ‘Tokoh Pesta Durian’ peringkat daerah Ranau 2012.

Faimin menjemput orang ramai  termasuk  mereka yang tinggal dari daerah-daerah lain di negeri ini, supaya datang ke pesta tersebut yang menjanjikan kuliti rasa (manis), wangi dan jenama buah durian daerah Ranau yang cukup terkenal dengan ‘Durian Terbaik’ di kalangan pelancong luar.

Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website