Headlines News :
Home » , , , , , » KDM Malaysia Idol

KDM Malaysia Idol

Written By Admin on Sunday, 24 February 2013 | 10:19


LEBIH seribu penduduk hadir menyaksikan program Ujibakat Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia Idol dan pelancaran Tabung Pendidikan KDM Malaysia di Ranau berlangsung di pekan itu Sabtu lepas.

Pelancaran program yang julungkali diadakan itu, telah disempurnakan Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony dan dihadiri AJK tertinggi KDM Negeri dan para pemimpin serta ahli KDM daerah Ranau, termasuklah, Ketua Pemimpin KDM Malaysia daerah Ranau yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Markus Ansun dan Ahli Majlis Tertinggi KDM Malaysia,selaku Pengarah Program itu, Jasnin Othman.

Datuk  Peter Anthony dalam ucapannya memuji KDM Malaysia daerah Ranau, kerana Berjaya menganjurkan program merupakan satu catatan sejarah tersendiri bagi KDM Malaysia khususnya daerah Ranau.



“Syabas dan tahniah  kepada semua Ahli Jawatankuasa penganjut dalam menyedikan prasarana kemudahan bagi menjayakan program pada hari ini Yang amat penting hari ini:, katanya dan menjelaskan programtersebut sebagai antara program penting sebagai suatu formula bagi memajukan bangsa KDM di Malaysia.

Peter Anthony menekankan bahawa, penguasaan KDM dalam bidang akademik dan ekonomi masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain di Sabah, justeru masyarakat KDM harus memainkan peranan dengan mengutamakan pebelajaran sempurna terancang dan berkualiti sebagai kunci utama mencapai kejayaan dan  kecemerlangan anak-anak.

“Kita sedar penglibatan dan keahlian masyarakat KDM di peringkat menara gading masih jauh ketinggalan disebabkan faktor kurangnya pendedahan dan masalah ekonomi terutama adik-adik kita di luar Bandar” tegasnya.

Menurutnya, kesediaan kerajaan pusat  di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak dalam memberi kemudahan prasarana pendidikan untuk semua kaum di  Malaysia merupakan suatu yang luar biasa dan keprihatinan Perdana Menteri itu dalam membentuk masyarakat majmuk ‘1Malaysia’  yang berdaya saing serta berwawasan, mentransformasikan sebuah negara Malaysia yang maju jaya, berdaulat serta di segani bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

KDM katanya percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) masih releven dan harus diberi mandate dalam Pilihanraya Umum (PRU-13) tidak lama lagi.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap kemapuan kerajaan negeri Sabah untuk mencari fomula atau kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah tanah terutama melibatkan kaum KDM di negeri ini. Begitu juga dengan masalah pembabitn kaum asing, kaum yang mengadakan perniagaan secara terbuka di kampung-kampung di pedalam Sabah, agar pihak berkuasa memeriksa lessen perniagaan mereka untuk mengelakkan masalah.

“Kita juga berharap pihak Jabatan Emigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara mengambil langkah yang berkesan atas kebanjiran warga asing di Sabah” tambah Peter Anthony yang mengakhiri ucapannya dengan pengumuman kelulusan peruntukan kewangan berjumlah RM20, 000.00 untuk Tabung Pendidikan KDM daerah Ranau, RM10,000.00 untuk warga emas dan RM5,000 lagi untuk tabung pesakit Telassamia daerah Ranau.

Turut berucap ialah Markus Ansun, manakala hadir sama ialah, Timbalan Presiden KDM Malaysia, Datuk Kinjus Duin, Naib Presiden 1, KDM Malaysia, Ahuar Rasam, Naib Presiden 2 KDM Malaysia, Datuk Juil Nountim, Naib Presiden 3 KDM Malaysia, Micheal Ubu, Ketua Beliawanis KDM Malaysia, Bibie Zairah, Penolong Pegawai Pelajaran Ranau, Mohd.Ayub Jamirin, Pemimpin Kemajuan Rakyat N.30 Karanaan dan  Wahab Rashman.


Seramai 70 orang peserta Ujibakat KDM Malaysia Idol tersebut, menampilkan gaya persembahan terbaik masing-masing yang dirakam terus untuk penilaian pihak Jawatankuasa Juri pemilihan menerusi ujibakat yang diadakan secara berperingkat di 10 lokasi yang berakhir pada 31 Mac, manakala konsert akhir ialah pada 30 Mei depan.

Turut diadakan sempena program itu ialah,  pendaftaran keahalian KDM Malaysia daerah Ranau dan  cabutan pengunjung bertuah menawarkan hadiah-hadiah menarik termasuklah motosikal, basikal, mesin basuh, barangan elektrik dan hamper.-Oleh JN
Share this article :

info

JKKK Kampug Paka Dua Telah Menggunakan Sistem Sms Untuk Memberi Maklumat Terkini Secara Terus Ke Telefon Anda.

Join Us

 
Pakadua.Net | Privacy Policy | About
Copyright © 2012. .::Portal Rasmi Paka Dua - All Rights Reserved
Design by Creating Website