Lumba Basikal Tour Of Borneo 2012
Written By Admin on Tuesday, 1 May 2012 | 11:00
Selama 5 hari, 5 peringkat bermula 27 April hingga kelmarin (1 Mei) dari Semporna ke Tawau, Lahad Datu ke Sandakan, Sepiluk ke Kundasang dan saingan terakhir dari Kundasang ke singgahan terakhir Kota KInabalu akan menjadi sejarah dan kebanggaan Sabah sebagai penganjur bagi perlumbaan bertaraf dunia ‘Tour Of Borneo’ bertemakan ‘Sabah Di Mata Dunia’.
Sabah yang terkenal dengan bunga terbesar iaitu Raflesia, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara Gunung Kinabalu, antara pulau tercantik dunia, Pulau Sipadan dan keunikan bangsa juga tradisi pasti Sabah menjadi antara hos perlumbaan yang menarik dan merancakkan lagi calendar sukan juga pelancongan Sabah.
Sebanyak 20 pasukan bertarung merebut gelaran juara dan di antaranya Tabriz Petrochemical, Australia’s Genesys Pro Cycling, New Zealand’s Pure Black Racing team juga pelumba-pelumba tempatan Terengganu Cycling Team, Kuala Lumpur, Pahang, Angkatan Tentera dan juga pelumba-pelumba anak kelahiran Sabah.
Pihak penganjur juga mempromosikankan acara itu meliputi media cetak dan elektronik agar rakyat Sabah juga dunia dapat mengikuti perkembangan Tour Of Borneo tahun ini.
Sesungguhnya, kerjasama serta sokongan daripada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, para penaja, daerah-daerah, Majlis Perbandaran, agensi-agensi kerajaan, teknikal dan semua yang terlibat telah membolehkan acara Tour Of Borneo 2012 ini berjalan dengan jayanya.
Kerjasama padu itu, hanya dengan satu tujuan untuk mempastikan Sabah sebagai hos perlumbaan basikal yang terbaik dan nama Sabah juga terpahat pada setiap pelumba juga yang menyaksikan Tour Of Borneo tahun ini.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin ketika ditemui sejurus menyempurnakan pelepasan para peserta di Kundasang kelmarin (1 Mei), memberitahu dengan sokongan padu dari rakyat Sabah pasti memeriahkan lagi acara yang julungkali diadakan itu sekaligus menggalakkan pelumba-pelumba muda Sabah menimba ilmu untuk menjadi pelumba berbasikal bertaraf dunia.
“Acara seumpama ini juga, bukan sekadar perlumbaan basikal malah ianya menjadi salah satu nadi dalam pembangunan sukan dan juga pelancongan ekonomi”, jelas Ellron.
Hadir sama pada majlis pelepasan peserta itu ialah, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bernard Kimin bersama ribuan penduduk.
Seramai 103 peserta mengambil bahagian pada peringkat permulaan ( Fasa pertama di Semporna) manakala fasa akhir (di Kundasang) melibatkan 71 peserta.
Labels:
RanauKini