AMLIFE Insurance Berhad (AmLife) menawarkan AmLife SecureBuilder, pelan insurans bertempoh tetapnya yang memberi peluang kepada pemegang polisi membuat sejumlah besar simpanan untuk masa depan, sekali gus melindungi orang disayangi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Low berkata, pelan insurans terbaru itu membantu pemegang menabung untuk keperluan masa depan di samping menyediakan perlindungan keluarga mereka dan pelanggan juga boleh memilih tempoh pembayaran premium mereka.
Katanya, selain itu pelanggan juga boleh membuat keputusan bila mereka ingin menerima pembayaran matang, bermula dari serendah RM9 setiap hari.
“Di samping itu, sementara pelaburan terus bertambah ke dalam simpanan, pelan insurans ini turut menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal (TPD).
“AmLife SecureBuilder datang dalam bentuk empat pelan yang besar iaitu setiap satu dengan bayaran premium berbeza dari segi liputan dasar yang bertujuan memberi manfaat besar dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Menurutnya, berdasarkan jumlah diinsuranskan, polisi terbabit membayar tahap pendapatan yang meningkat bermula daripada 1.0 peratus bagi polisi tahun ke-6 hingga 15 dan akan meningkat sehingga 5.0 peratus daripada jumlah diinsuranskan dari akhir tahun ke-16 hingga 25 polisi.
AmLife SecureBuilder juga menyediakan pilihan roll-up untuk meningkatkan simpanan apabila pelanggan mempunyai keistimewaan memilih meninggalkan Bayaran Tunai Tahunan Dijamin dalam rancangan untuk memperoleh keuntungan faedah.
“Menerusi faedah luar biasa, pada akhir tempoh yang dipilih pelanggan akan dapat menikmati hasil mereka dengan peratusan terjamin daripada jumlah diinsuranskan selain dividen tunai terkumpul, dividen terminal dan jaminan pembayaran tunai tahunan yang terkumpul dengan faedah,” katanya.-Hmetro