Bermatlamatkan untuk membantu golongan muda memiliki lesen
motosikal yang sah disamping memupuk kesedaran mengenai undang-undang jalan
raya dan membina budaya serta etika pemanduan berhemah, produk BL1M adalah
bukti pendekatan politik khidmat bakti Pemuda BN melalui SHEB (Sekretariat Hal
Ehwal Bandar) di dalam menyelami dan
menyelesaikan permasalahan anak-anak muda. Ini adalah suatu produk yang relevan
dengan keperluan anak muda dan masyarakat memandangkan lebih 200,000 penunggang
motorsikal tidak mempunyai lesen manakan 70 peratus kes kemalangan pula
melibatkan kenderaan motorsikal
Disamping itu, peserta program BL1M ini juga akan menikmati
penjimatan tunai melalui diskaun hampir 50 peratus berbanding kadar purata
yuran lesen B2 di pasaran yang dianggarkan sekitar RM380.
Inilah manifestasi janji ditepati dari Pemuda UMNO dan BN
yang bertunjangkan isu dan tindakan berupa penyelesaian hakiki buat anak muda
dan tidak beralaskan retorik serta janji.
Yang pasti, pihak kami akan terus berusaha bagi menawarkan
pendekatan inovatif dan mesra anak muda untuk kesejahteraan semua.
Sila Ke http://bl1m.my/main.asp
Sila Ke http://bl1m.my/main.asp